Saturday, July 18, 2009

alahai

Esok mesti panas lagi. Belum reda kes Teoh.... Gunasegaran plak mati dalam upacara cop jari. Yang ditakuti kes itu akan dipolitikan secara keterlaluan. Kebanyakan tahanan yang mati ialah india.... mengapa statistik mati dalam tahanan orang india..? Polis memang aim india ke..?

Aku tumpang simpati apa yang terjadi. Memang pihak polis or pihak yang berkaitan perlu melakukan siasatan secara telus. Perkara seumpama ini tidak seharusnya sering terjadi. Andai kematian akibatan deraan siasatan..... ini adalah tidak baik untuk persekitaran yang sedang tegang.

Dari sudut politik, umno akan tertekan. Skrang ni.... sokongan cina dan india tidak kuat. Ditambah dengan isu kematian mengejut...... Berkemungkinan sokongan akan merudum. Cina dan india tidak macam melayu.... mereka akan menyokong apa jua kepentingan untuk kaum dia. Kita je melayu yang dalam kerugian.... untuk politik..... lupa asas tujuan.

Orang melayu dalam pakatan, mengutuk umno macam tak ingat dunia..... segala apa yg umno buat salah. Ibaratnya, mereka ini akan menyokong apa jua orang pakatan buat walaupun salah. Mereka kata umno tak perjuangkan agama...... tapi betul ke pakatan perjuangkan agama..?

Aku ambik contoh, mereka mengutuk Hadi Awang hanya kerana Hadi Awang tidak sependapat dengan mereka. Kalau ini yang ditonjolkan..... ternyata mereka tidak bukan kerana agama tetapi semuanya kerana politik yang benci umno.

Mereka jarang kutuk orang Dap walaupun aku rasa Dap banyak memperlekehkan melayu. Mereka juga memberi ruang untuk Dap menjadi peneraju dalam pimpinan pembangkang. Adakah mereka sedar..... Dap tidak memperjuangkan Islam...? Kalau sedar..... bermakna orang melayu dalam pakatan...... berpolitik tidak kerana agama tetapi agama pula dijadikan senjata untuk umat sendiri.

Sekarang ini siapa sebenarnya yang mengetaui pembangkang..? bukankah kelompok orang cina Dap dan Pkr yang menentukan arah ...?

Pas memperjuangkan Islam..? entah..!! apa yang aku rasa... mereka perjuangkan Islam di depan umno... di depan Dap dan Pkr... Pas menjilat bontot. Pas seperti tidak ada peranan langsung. Andai benar apa yang aku rasa...... bagaimana Islam dijadikan teras perjuangan..?

Kalau Pas tidak mampu..... Anwar yang akan memperjuangkan..?? arrgg.... bodoh aje kalau aku percaya..... Pernah ke dia menyatakan Islam dijadikan teras perjuangan..? Bukankah semuanya kerana permainan politik dia....??

/me alahai....

No comments:

Post a Comment