Friday, July 17, 2009

teori domino

hahhaha..... polis belum habis membuat siasatan.... blogger dah bermain dengan teori..... mencipta teori pembunuhan , Teoh Beng Hock. Ayuh.... mari kita lihat apa teori mereka.

==> RPK SPRM mengugut untuk mencampakannya tapi terlepas. Ala2 Micheal Jackson ke..? cam tak profosional je SPRM ni..?

Kesimpulan, hampir semua blog pembangkang menunding jari sepenuhnya kepada SPRM... kecuali

=>> Perak Xpress ada 10 teori yang dikeluarkan dan aku rasa teori itu boleh diterima walau dia pro pembangkang

.=> aduka taruna menyatakan Ronnie Lui. Aku sependapat.

Orang Umno rata2nya...

=> Pisau, Parpukari, theunspinners , aspirasi menulis orang DAP yang buat agar rahsia tidak bocor.

Pada aku, bukankah cerita bermula dari MP Wangsa Maju yang menikam kawan sendiri didalam blognya..? Bagai cacing kepanasan... Ronnie and the gang menembak balik tembakan Wee.. Lalu..... SPRM cekup kerana member sendiri membuka pekung. ( atas alasan, sprm memang sudah membuka fail )

Kenapa Polis tidak tangkap Ronnie kerana tuduhan Wee.? mungkin Polis Malaysia lebih cermat berkerja.... kumpulkan bukti baru dia sergah Wee... kerana apa..? Wee kan MP so Polis kena berhati2 untuk mengambil tindakan.

Masakan SPRM nak siasat dengan mendera secara terbuka.? atau orang SPRM berani mati dengan membunuh Teoh..? mungkin juga dengan cara tidak sengaja ataupun memang benar spekulasi yang diceritakan seorang pengkomen.

Najib memegang Perak, BN merampas Perak... then di Selangor, mungkin juga Najib menggunakan taktik yang sama. Tapi..... jangan di lupa... itu bangunan kerajaan dan Teoh adalah antara saksi utama. Aku rasa takde sebab BN nak buat perkara bodoh tuh.

Kenapa Azmin Ali galak menyalak Khalid.? Mengapa MP Wee mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa..? Mesti ada sebab kan.... masakan hanya kerana Azmin mahukan kerusi MB Selangor dia sengaja mencipta konspirasi..?

Yang penting, dalam jangka waktu Teoh tidak diketahui.... siapa yang ada disisinya...? Kenapa orang seperti Teoh yang memungkinkan tembelang gengster pecah dibiarkan oleh rakan2nya..? argg.... cam tak logik je.

Apapun, Sprm patut dipersalahkan kerana tidak memikirkan keselamatan saksi atau orang yang disiasat. Kedua, bangunan penting macam SPRM mengapa tidak dilengkapi dengan cctv..? mahal sangatkah kos untuk menyediakan..?

Tindakan MB Khalid membuat demonstrasi..... aduhai... lupakah dia dia seorang MB yang mengetuai kerajaan..? mengapa berlagak seperti pembangkang di negeri sendiri..?

/me kalau sebut isu gengster..... risiko pembunuhan adalah satu kebarangkalian.

No comments:

Post a Comment