Tuesday, July 21, 2009

...............

Kalau aku tak nampak Shabery Cheek datang tengok Malaysia vs MU.... aku dah lupa dah siapa menteri belia dan sukan sekarang. Yang asyik kedengaran ialah timbalanya.. saudara Razali Ibrahim. Kenapa bapak Shabery senyap ek...? senyap kerja jalan takpe.... jangan plak senyap2 kementerian terbarai.

Sewajarnya ketika ini, kementerian belia memainkan peranan dengan lebih aktif. Bukan sekadar menonton bola di stadium dijadikan agenda utama. Aku rasa, menteri sebelumnya, Ismail Sabri banyak memberi nafas kepada belia. Banyak pertubuhan belia ditubuhkan...... belia yang hendak mati diberi nafas.... peruntukan dicari dicurahkan.... tapi sekarang..... hurmm... belia terabai.... sukan terbarai.

Andai kementerian belia digunakan sebaiknya dengan umno.... maka tidaklah jadi hiruk pikuk sekarang ni. Jika diteliti, ini warisan belia yang diabaikan sepanjang 10 tahun lepas. Selepas zaman kepupusan padang bola serta tempat riadah maka yang tinggal hanyalah shopping klompleks untuk melepak..... inilah hasilnya...... generasi yang melupakan sejarah.

Mengapa harus menyalahkan mereka..?

Kita tidak sepatutnya menyalahkan tapi memperbaiki kesilapan yang lalu. Kerajaan yang mendidik belia ini berfikir. Kerajaan yang membentuk hati dan minda mereka bergelora..... lalu terpaksa kerajaan yang menanggung segala baik buruknya.

Kalaulah kan.. kerajaan menjaga sebaiknya belia dengan penuh wawasan.... aku rasa tidak adalah kedengaran belia yang terabai menuntut perubahan. Disinilah terletaknya erti sebenar perubahan. Ibaratnya anak yang terabai.... tidak terbela.... peduli apa...... BN atau pakatan sama sahaja..... 2 kali 5.

/me tunggu kpi pak menteri

No comments:

Post a Comment