Tuesday, July 21, 2009

ermm..

Samada melayu sedar atau buat2 bodoh.... aku tak tahu.... tapi itulah apa yang terjadi sekarang. Aku tahu, ramai melayu sudah menjadi rasional dalam mencari arah terbaik.

Aku salahkan penyokong pembangkang..? Tidakk... aku bukan orang yang suka menyalahkan orang...... mesti ada sebab kenapa mereka memilih arah itu. Pilihan2 masing2 kan......

Cuma apa yang aku kesalkan.... kita terlalu membuta tuli dalam mencari arah kebenaran. Mengikut perasaan dan akal yang sudah bebal dek amukan tomahan.... kita lupa apa yang sebenarnya kita cari.

Samada ia hanya gimik politik atau sebenarnya itulah hakikat..... bagi aku semuanya masih misteri. Alam politik sukar dijangka dan penuh dengan segala macam tanpa ketahuan. Dari spekulasi, gosip, kebenaran, konspirasi maka terciptalah alam politik.

Aku lupa semalam aku baca blog siapa... apa yang ditulis ialah tentang prestasi MIC dan MCA. Umno dah banyak berkorban tapi parti kompenen langsung tidak memberi sokongan. Lihat sahaja Mic.... Samy Vellu masih terpacak. Kepimpinan MCA juga begitu. Tidak ikhlas dalam membuat perubahan. Yang mereka mahukan hanya liberalisasi pada semua bidang.

Dalam pembangkang..... mereka juga menjuarai politik. Pas diperbudakan.... Pkr mula dijajah... melayu tak ubah paria. Dan kalau silap pertimbangan..... banyak kes maruah yang selama dijulang sanggup digadai. Aduhai.... mengapa jalan sempit ini yang kita pilih..?

Ramai penyokong pembangkang ingin menyokong barisan.... tapi kerana malu atau ego... niat hanya dipendam. Masakan ingin menyokong perjuangkan musuh yang selama ini ditentang..??

argg.... hilang akal aku menyokong umno... bukankah begitu..?

Itulah malu tak bertempat..? lihat sahaja chua... lihat sahaja orang politik... berpindah randah bermain politik. Apa mereka kisah..? ada mereka malu..? sepatutnya orang bawahan yang menjadi penyokong tegar yang malu.... selama ini kita kutuk tapi sekarang kita terkejar2..

Kalau dulu kita memilih pakatan untuk mencuba...... kenapa setelah mereka gagal kita masih di belakang dia..? adakah kita harus terus menerus membiarkan satu persatu asas pembangunan bangsa kita tergadai..?

Gunakan akal... hakimi keadaan dengan hati yang telus.... buang tomahan, kita nilai siapa yang benar... kalau ada ketirisan.... fikirkan.... bangsa lain dapat kita tak kisah..... tapi mengapa orang seagama kita yang yang mendapat kita rasa gundah gulana..?

ermm....

/me dulu umno berkereta besar.... dijaki... sekarang kereta pakatan menjalar.... mereka kata itu perubahan.....

No comments:

Post a Comment