Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui baru-baru ini membayangkan akan kemungkinan kenaikan tarif elektrik yang melibatkan kesemua pengguna elektrik domestik, baik pihak komersil dan pengguna biasa, sekiranya kertas kerja berkenaan diluluskan oleh mesyuarat Kabinet pada Rabu depan.
Semua pihak termasuk aku tidak setuju tarif letrik naik. Kena plak harga minyak di pasaran tidak naik melambung..... apa rasionalnya tarif nak naik. Jika diteliti rekod keuntungan tnb....
TNB merekod kenaikan jualan sebanyak 56.4 peratus daripada RM16.5 bilion pada tahun 2003 kepada RM25.8 bilion pada tahun 2008. Bukan sekadar itu, TNB juga mencatat purata keuntungan sebelum cukai tahunan sebanyak RM3.0 bilion dari tahun 2003 hingga 2008. Pejuang Bangsa.
Segalanya indah dari rupa. Tnb punya masalah kewangan yang kritikal. Kerajaan tidak menangani masalah tenaga dengan bersungguh2.
Mengapa kita perlu rizab tenaga dengan angka yang tidak munasabah..? Kenapa kerajaan masih tidak mahu review perjanjian komunis diantara TNB dengan IPP...? Dan mengapa masih perlu membina janakuasa lagi sedangkan negara sudah punya rizab yang tinggi...?
Aku tahu ramai yang tidak tahu, Tnb dalam kesakitan. Orang luar sedap bercerita... tnb untung billion tapi hakikatnya staff tnb semakin lama semakin terdesak. Kalau dari skim gaji..... orang kerajaan lebih tinggi gajinya daripada tnb. Tak percaya..? tanya la pada orang yang kerja berbaju biru.
Aku rasa, orang kerajaan atau kompeni cap ayam sekalipun... jamuan raya pasti ditaja oleh syarikat.... tapi tnb...?? koleksen dari staff sendiri cik abg oii.....
Orang cakap senang..... orang lain tdo.... leh layan anak bini.... tapi staff tnb kena standby sampai larut pagi. Bila gelap skit marah.... mengutuk kerja tak efisen.... tapi bila bab bayar.... nak yang murah..... ini ke mentaliti kita.... nak yang baik tapi bayar murah.
Aku tak salahkan rakyat..... tapi aku menuding pada kerajaan. Ambik sambil lewa. Suruh Tnb bagus macam syarikat antarabangsa yang punya kecekapan...... tapi bila dah bagus... insentif macam kilang kicap. Kelebihan2 staff tnb semuanya digantung. Adil ke...?
/me pertonas bonus berbulan2... bonus tnb berapa bulan..?? kalau ia syarikat berkepentingan mengapa bonus pertonas berbulan2 byknya..? mengapa tnb harus dikorban sepanjang masa..?
No comments:
Post a Comment