Saturday, July 11, 2009

Pas omong kosong

Umno menolak Islam dan Pas sahaja yang memperjuangkan Islam..?

Dalam politik agama perlu ada tapi yang tak syoknya bila agama menjadi senjata untuk kepentingan politik. Dari dulu hingga kini, agama dijadikan proksi oleh Pas untuk survival politik mereka.

Kalau penyokong Pas kata, umno memusuhi Pas.... tidak nampakah Pas kuat menujah umno dari rakan pakatan mereka sendiri. Baik sangatkah rakan pakatan mereka itu.? umno dikafirkan sementara DAP dianggap Islam.

Pas memperjuangkan Islam.?

Di Perak, bila ditanya oleh Tajol Rosli tentang negara Islam di Perak.... Nizar menolak mentah2 tentang kewujudan negara Islam. Yang amat memalukan, beliau begitu serius menekankan bawah dalam perlembagaan Pas sendiri tidak menyatakan perkara tersebut. Kalau aku pemimpin Pas.. malu sungguh dengan kenyataan tersebut.

Yang kedua, demi survival politik... dia sanggup tunduk dengan tekanan Dap. Aku tidak pasti, tapi dari cerita2 politik... segala pentadbiran Nizar lebih mengutamakan kepentingan cina dari melayu. Adakah cina lebih Islam dari melayu..?

Kalau benar Pas bijak berpolitik.... adun Pas akan banyak mengisikan kerusi exco berbanding dengan Dap. Kenapa tidak.... Nizar mendapat sokongan penuh dari sultan. Oleh itu.. andai Pas bertegas untuk mengisi kerusi exco dari Pas.... aku yakin DAP tidak mampu berbuat apa2. Kalau Dap mengungut keluar dari pakatan..... silakan la... takut ke..?

Ini yang dikatakan Pas tidak bijak berpolitik. Dap tidak mungkin keluar dari pakatan. Mereka tahu, mereka akan kehilangan kuasa di Selangor, Kedah dan mungkin juga di Penang. Adakah dia berani..? mustahil bukan..? masakan kerana nyamuk sekor.... kelambu dibakar.?

Baru2 ini krisis di Kedah..... alih2... Dap jilat balik setelah mengeluarkan keluar dari Pakatan. Andai ini dijadikan cerita..... Azizan lebih bagus memerintah dari Nik Aziz atau pemimpin tertinggi Pas yang lain. Orang kata... Azizan lebih Bran dari yang lain.

Di Penang. Pas hanya memenangi satu kerusi. Yang menyedihkan, tiada wakil Pas menganggotai senarai barisan exco ( kalau tak silap aku la ). Di Penang, kebanyakan cerita berebut kuasa ialah diantara PKR dan DAP. Dimana Pas..? Pas berpuashatikah dengan situasi di Penang..?

Sama juga di Selangor. Suara orang Pas tenggelam. Suara dari SUK biasanya dikeluarkan oleh Pkr dan Dap. Andai ia dijadikan modal cerita..... dimana hala tuju Pas dan merealisasikan kewujudan negra Islam..?

Pada pandangan aku, PKR sekarang orang melayu tidak medominasi parti. Oleh itu, Pas merupakan parti dominan orang melayu dari Pakatan. Andai suara parti dominan ini tenggelam dengan permainan politik.... hermmm.... apa jaminan orang melayu masa akan datang..?

Adakah melayu itu bukan Islam..? Bukankah hampir 100% orang melayu itu ( ada melayu yg murtad ) ialah Islam..? Inikah cara politik Pas yang dikatakan memperjuangkan Agama Islam?

Kalau ditanya orang PKR.... memang dia sokong. Sebab... kebanyakan mereka berkiblatkan barat. Walhal... barat itu sendiri tidak betul. Pada penyokong Pas..... aku nak dengar... apa komen mereka tentang isu ini..

SHAH ALAM 8 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menuntut kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini.

"Saya minta Perdana Menteri memberikan status bumiputera kepada kaum bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957. Utusan

Cerita orang pakatan... Pas diperbodohkan.

/me hermmmm...... kebanyakan setiap manusia adalah juara satu bidang.... tidak semua bidang dia terer.

No comments:

Post a Comment