Sunday, July 12, 2009

jum belajar BI

Aku tak baca secara serius isu pemansuhan PPSMI. Mulanya aku tak berapa faham keputusan sebenar kerajaan. Tapi semalam secara tidak sengaja, member aku terbuka cerita isu ni. Yang dia katakan ialah pemansuhan selepas 2012.

Then... masa sembang2 tu aku tanya... kenapa kerajaan tak mansuhkan tahun depan je.. kenapa nak sampai 2012? kan ia lebih rasioanal..? dia cuma jawab.. .. entah..

Aku tak nak komen pendapat Dr. M.... tapi kalau dia boleh komen sebagai rakyat.... aku juga nak cakap sebagai rakyat.

Pada mereka yang bijak pandai, aku tahu mereka akan menyokong dasar ini. Inggeris penting dalam kehidupan sekarang. Namun, kita juga harus ingat.... orang melayu seharian cakap melayu pun ramai yang dapat keputusan cukup makan dalam SPM.

Dalam isu PPSMI... aku ibaratkan sebagai... lain penyakit lain yang dirawat. Dalam hal ini, kita nak memperkuatkan bahasa atau mempelajari ilmu kejuruteraan..? Kalau nak pandai speaking kenapa pula maths dan sains yang dialih bahasa.?

Yea2.... banyak buku rujukan dalam kejuruteraan semuanya berbahasa Inggeris. Kalau nak dapat buku rujukan yang bagus dalam bahasa melayu aku rasa macam bermimpi. Memang payah sangat nak dicari. Yang ada kebanyakan hanya asas atau sekadar tangkap muat. Tapi adakah itu sebagai alasan..?

Bukankah kalau kita pandai membaca dan faham BI secara tidak langsung kita akan faham apa yang ditulis. Adakah bila kita belajar maths dan sains kita diajar penulisan dan kefahaman tentang BI..? Oleh itu relevankah PPSMI..?

Aku tak bergaul dengan ramai cikgu, tapi dari segi pendapat peribadi aku rasa tidak semua cikgu pandai cakap inggeris. Rata2 nya hanya pandai berbahasa melayu..... yang boleh cakap pun aku rasa broken language. Silap2 kalau cikgu maths mengajar dalam inggeris semua anak murid gelak. Gelak bukan pasal apa......gelak tengok cikgu tergeliat lidah bila speaking.

Tak caya..? cuba baca alasan pemansuhan PPSMI..? bukankah ketirisan dalam pengajaran menjadi alasan yang kuat.?

Nak salahkan guru...? aku nak tanya.... Agak2 la kan..... cikgu BI boleh tak ajar Maths dengan baik.? mustahil bukan.... setiap orang ada kepakaran masing2. So.. aku tak salahkan guru yang mengajar.

Aku tak pasti keputusan SPM tahun lepas. Setahu aku setiap tahun peratusan meningkat. Itu je report setiap tahun. Tapi,... dalam report kajian PPSMI...... result SPM tak cantik plak. Betul ke tidak... entah aku tak tahu... malas aku nak check. Tapi kalau betul... confuse skit.... dulu kata ada peningkatan tapi bila nak mansuhkan... kata keputusan menunjukan tak bagus.

Selama ini... pernah tak kementerian pelajaran mengkaji kenapa pelajar gagal menguasai BI..? Kalau pernah.... mengapa timbul idea untuk membawa tenaga pelajar dari luar.? KPM tau ke masalah sebenar mengapa pelajar gagal speaking...?

Aku nak tanya pada pengarah pelajaran.... agak2 la kan... boleh ke kucing mengajar itik bercakap kucing dengan baik..?

Pendapat aku masalah sebenarnya ialah .... masyarakat kita terutama masyarakat luar bandar... mereka tidak ada asas BI. Oleh itu.... bila mereka datang ke sekolah... teacher mengajar BI mereka terlopong. Bermula dari darjah satu tak faham.... mereka akan berterusan tak faham BI sampai la ke U kecuali kepada pelajar yang rajin untuk berubah.

Aku ada pengalaman masa sekolah dulu. Aku lupa nama dia.... kalau tak silap aku wong kot... dia baca paper dan dia salin dalam perkataan tak faham buku nota kecik dalam poketnya. Dia hafal perkataan tuh.... dah akhirnya dia boleh menulis karangan 2m/s.

So masalah kat pelajar sebenarnya ialah tak faham maksud dan bukan tak faham past tense. Kebanyakan guru BI bukan melayu.... so... guru tu nak jelaskan dalam bahasa melayu pun tak faham nak terangkan. Alih2 semuanya terbarai. Kalau la cerita ini betul.... logik ke kalau profesor orang putih diimport sebagai tenaga pengajar. Boleh ke dia nak jelaskan maksud dalam bahasa melayu..?

Cikgu banyak memainkan peranan. Aku masih ingat lagi, Pn Ng.... kreatif mengajar. Dia ajar melalui nyanyian.... melalui buku cerita. Dia explain satu persatu jalan cerita. Class jadi seronok belajar... tapi bila cikgu lain ambik alih..... terbarai lagi.

So kesimpulan cerita camne..?

/me terkial2 bila speaking london.....

No comments:

Post a Comment