Esok pengundi Manek Urai membuang undi. Keputusan pengundian, sama2lah kita nantikan. Dari track record..... Manek Urai kubu kuat Pas. Kemenangan Pas sudah ditangan. Kalau BN menang.... ia adalah sesuatu hasil kerja yang mustahil. Apapun..... dalam pertandingan segala kemungkinan boleh berlaku.
Dari hari pertama berkempen..... aku tidak nampak isu hangat yang dibangkitkan. Mungkin Manek Urai jauh dari siaran internet. Maka, parti bertanding hanya memainkan isu2 setempat. Aku tertarik dengan isu umno menghina calon Pas, pemborong ikan dijadikan taruhan.
Memang aku agak sedih dengan isu ini. Yea la...... kat tangan aku hanya berbekalkan SPM... maka secara tidak langsung aku terasa.... yo2 aku terasa..... hahhahaa....
Dalam hal ini, aku rasa umno tidak berniat menghina peraih ikan.... umno hanya sekadar menyatakan pendidikan seseorang itu penting dalam merubah atau membela penduduk. Kebanyakan orang yang kurang berpendidikan ( tidak semua ) mereka kurang mahir dalam pengurusan pentadbiran. Dipendekkan cerita, orang yang kurang berilmu mudah ditipu. Sebab itu dalam agama ilmu mendapat darjat yang tinggi.
Yang kedua, cara kempen BN juga aku rasakan lain sedikit. Mereka kurang tabur duit. Yang ada hanya beberapa juta.... 129K untuk pendidikan di daerah Kuala Krai........ umak aii... juta2 tapi aku kata skit ek...... kalau dah juta bukan skit tu.... huh.~~!
Dalam kes Manek Urai.... Mesin Taip, untuk apa pembangunan..? begitulah cerita orang pantai timur. Mereka tidak kisah dengan pembangunan. Bagi mereka itu semua duniawi. Mereka perlukan santapan rohani walaupun mereka miskin. Dan kalau mereka ingin mencari sesuatu yang lebih selesa..... mereka keluar menjadi perantau.
Aku rasa memang betul cara mereka. Untuk apa pembangunan..? kan lebih baik Malaysia macam kelantan. Hari2 sekadar bersyukur apa yang ada. Tidak perlu membuat pembangunan. Semuanya melalaikan.
Lihatlah Kelantan..... walaupun ditakbir dengan pembangkang, mereka memiliki segalanya. Semua kemudahan ada..... jalan2 pun luas belaka. Tidak ada tol jika dibandingkan tempat aku. Untungnya rakyat Kelantan. Disusukan dengan kerajaan pusat. Aku rasa..... aku patut menyokong pembangkang..... dapat jalan besar...... kemudahan lengkap dan yang paling penting..... mintak apa sahaja dari pusat semua dapat.
/me kalau 1 malaysia macam kelantan.... orang Kelantan bukan jadi perantau dalam negara... tapi dah macam indon yang terpaksa keluar negara.
No comments:
Post a Comment