Saturday, August 15, 2009

Pas berbelit

PAs tak perlu menang. Di Penang, walau kerusi Pas bak pinang sebatang, pakatan tidak pernah peduli. Kalau dulu Pas sibuk penang tergadai... tapi sekarang, apa jadi..? Adakah Pas hanya setaraf tea lady..?

Dalam hal ini, mengapa orang Pas mendiamkan diri..? bodohnya Presiden parti bertampi2, sampai Anifah Aman diberi Timbalan Perdana Menteri dia tidak dapat menyedari. Yang anehnya, sampai sekarang saman Anifah Aman hanya sekadar bunyi. Itu tanda nyata, Anwar memang pernah berjanji..

Apa bukti Pas wadah perjuangan.? Di Selangor, Penang dan di kelantan semuanya tunggang langgang. Yang menyedihkan, raja dibangkang Dap dijulang.

Harus diingat, politik itu ialah kuasa. Bagi aku, Pas bodoh dalam mengejar kuasa. Aku tidak tahu mengapa Pas tidak mengambil peluang di depan mata. Walau Pas kurang kerusi sepatutnya dia menjadi leadar atas kapasiti Pas memegang kunci pakatan. Tapi amat malang, kedudukan Pas sekarang adalah dibawah kaki Lim Kit Siang.

Inilah sebenarnya Pas. Kalau dulu aku katakan, Pas perlukan pakatan untuk terus berjuang. Tapi setelah dalam pakatan, Pas melukut di tepi gantang. Alahai...

Aku tahu, kenapa sekarang Pas tidak boleh berbuat apa2. Pas sebenarnya dipegang oleh Nik Aziz dan bukan dibawah tangan Presiden. Presiden hanya sekadar tukang angguk. Hal ini dalam diam dapat dihidu oleh Anwar. Oleh sebab itu, Anwar tidak memandang tinggi pada Presiden tetapi Anwar lebih memuliakan Nik Aziz.

Sekarang ini, dilihat suara penyokong Nik Aziz dan Husam sahaja yang kedengaran. Suara2 presiden dan timbalan presiden sudah hilang dalam perjuangan. Golongan yang bersuara inilah sebenarnya yang menentukan hala tuju Pas sekarang.

Sebab itu, perjuangan Pas sudah tidak berada di landasan. Kerana kuasa, Pas lacurkan apa yang ada. Cuma saya yang aku terkilan dengan Nik Aziz... mengapa sanggup berpatah arang dengan umno tetapi tidak dengan Lim Kiat Siang..?

Seburuk2 umno, Kelantan dibangunkan... seburuk2 umno, rakyat kelantan tidak pernah dipinggirkan dan seburuk2 umno, rampasan arak tidak dikembalikan.... tapi kalau Dap.... Islam dihina Nik Aziz berikan lesen besar.

Kalau orang umno boleh muhasabah diri... mengapa penyokong Pas ini tegar. Dulu kata totok umno dan adakah golongan ini yang dinamakan totok Pas..? Otak tersepit dicelah-celah kelangkang Nik Aziz..?

/me politik ini berbelit tapi aku tidak mahu dibelit

No comments:

Post a Comment