Friday, August 28, 2009

umno perlu berani

Politik ini banyak kejutan. Tapi kejutan itu hanya pada orang yang taksub dengan cerita politik dan bukan orang politik. Orang politik tidak biasa terkejut, terkejut apabila nama dalam senarai calon YB, tapi saat akhir nama sipolan yang diumumkan.

Politik ini terlalu licik. Apa yang terjadi sekarang kekadang tidak menggambarkan secara benar. Pemecatan Chua Soi Lek usah dipandang remeh, sebenarnya ia memberi impak yang besar kepada BN. Andai Soi Lek menganggotai Keadilan... maka kukuhlah PKR dengan sokongan orang cina.

Cina ini bijak dalam manipulasi. Melayu pun apa kurangnya.... tapi sayang sekali, sekarang melayu tidak ada generasi seperti Tunku atau Datuk Onn. Mahathir juga antara legasi pemimpin lama. Bijak mengatur stategi dan penuh wawasan. Sekarang, yang ada Anwar Ibrahim..... tapi.... Anwar tidak ubah seperti Farid Kamil dalam Sarjan Hasan. Menjadi tali barut untuk tujuan peribadi. Kemelut yang dicipta semuanya adalah kerana kerakusan mengejar Perdana Menteri. Orang kata dia pejuang tapi bagi aku dialah petualang.

Adakah benar benar teori boomerang...? Najib membiarkan isu PKFZ dan Chua berterusan..? Najib membiarkan isu berjalan sendirian agar pembersihan dapat dilakukan..?

Andai Chua menjadi rakan Pakatan, hanya ada dua kemungkinan. Samada Pakatan secara pasti akan merampas kerajaan persekutuan atau melayu akan membuat u-turn menyokong barisan..?

Sudah pasti, dalam PKR melayu akan berkurangan, cina dan india akan bermain politik secara diam2. Pas akan tertekan dan akhirnya melayu akan ke pangkal jalan..?

Cina seperti ini.... chiliriver

Berani letak calun melayu dikawasan majoriti Cina? Kalau ada sesiapa yang nak jadi calun dikawasan majoriti cina, silakan. Manalah tahu kot boleh menang. Bukankah kita sekarang mengutamakan hak kesamarataan dan keadilan sejagat tanpa bersikap perkauman?.

Tapi saya jangka, 99.9999% akan menempuh kekalahan.Tetapi kaum Cina berani mencalunkan dirinya dikawasan majoriti melayu.Satu bukti keikhlasan melayu bila berjuang bersama dalam satu barisan.

Umno perlu satu refomasi..... majoriti melayu kerusi harus diberikan kepada orang melayu. Mungkin dengan ini, kejutan pada pakatan akan memihak kepada Barisan. Selama ini, MIC dan MCA memang berselidung di belakang melayu, bila dah kenyang..... sekarang melayu nak ditelan. huh.....

/me kerana berebut kerusi orang umno melarikan undi.... sekarang giliran parti bertindak lebih berani.

No comments:

Post a Comment