Sunday, October 11, 2009

5435 angka keramat

Orang Bagan Pinang memang tidak memalukan aku. Kalau dulu aku yakin Isa akan menang, kebetulan apa yang aku rasa itu betul. Isa menang dengan majority 5435. Satu angka yang aku jangkakan. Namun, dalam politik... macam2 boleh berlaku. Sebab itu, bilamana ada yang menyatakan, menang Insyallah, tapi majoriti belum tentu lagi.

Aku jadi termenung. Mengapa..? otak aku hanya terarah pada tentera. Mereka ini menjadi penentu kepada kemenangan Isa. Melayu keseluruhan akan memberikan Isa 80%. Undi bukan melayu aku yakin sekurang2nya 40% akan mengundi Isa. Kerana apa..? ISA Samad bukan asing lagi di Telok Kemang. Itulah keyakinan aku walau keyakinan itu aku hanya bersandarkan 100% pada naluri hati. Macam sial bukan.

Yang mengejutkan aku,BN menang semua peti undi termasuklah peti estate. Adakah ugutan umno untuk menukar kerusi Mic menjadikan Mic berkerja kuat atau aura Isa itu sendiri yang membuatkan peti itu menang.?

Penganilisis politik mesti pening memikirkan apakah kehendak pengundi sebenarnya. Tapi tidak bagi pembangkang. Samada pemimpin atau blogger mereka tidak perlu untuk memeningkan kepala. Alasan mereka amat mudah. Kemenangan BN adalah berdasarkan penipuan dan bukan kekuatan umno. BN menang kerana keganasan dan BN menang kerana undi pos.

Dan yang menyedihkan bilamana kalah, mereka mengutuk pengundi Bagan Pinang kerana memangkah calon rasuah. Inilah sikap pembangkang yang paling aku benci. Kalau orang Melaka, sure dah kene ‘lahanat ko..”

Alhamdullilah pengundi Bagan Pinang. KAmu semua orang yang bijak dan hebat. Bukan sebab kamu mengundi Tan Sri Isa, tapi kamu semua telah menonjolkan wajah pembangkang atau Pas yang sebenarnya. Kalau sebelum ini mereka menyanjung pengundi Bagan Pinang, tapi bila kalah... tidak sampai sejam mereka mengutuk pengundi ini habis-habisan.

Bukankah ia perbuatan yang menjijikan. Tidak bermuhasabah diri tapi sering menyalahkan orang lain. Yang lebih jelik bila mereka mengutuk pengundi itu sendiri. APa punya perangai aku pun tak tahu.

Kelihatan, masih ada tentera yang mengundi pembangkang. Jenis tentera ini ialah orang yang tidak ada otak. Dulu dimaki2, tapi bila dirayu skit dah lentur. Otak jadi kabur. Mungkin tentera ini memang mengakui bahawa dia ni lebih haprak dari komunis, sebab itu masih mengundi pembangkang.

Tunggu je la fatwa pembangkang..... Tentera Malaysia takut dengan cabaran. Dengan hanya ugutan semuanya tunduk. Sebab itu saya pembangkang berani katakan.... Komunis itu lebih bagus dari tentera. Tahan lasak dan berjuang untuk kemerdekaan. Tidak seperti tentera, yang duduk melepak di dalam kem membuncitkan perut.

Ada Umno menyalahkah pengundi bilamana kalah..? ada umno menyalahkan pembangkang.? Ada ke.? Sebaliknya... ‘ kita akan membuat post-mortem diatas kekalahan ini. ”.

Woii.. pembangkang, muhasabah la skit..... macam ko bagus sangat. Pirahhh mabuk.... harap ke kepala berkopiah.... tapi samseng. Bila kena pukul balik... menangis, mengata orang samseng. Bodohnya pembangkang.

/me lepaskan geram.

No comments:

Post a Comment