Monday, October 12, 2009

Drama Sirap Merah

Kekalahan Pas di Bagan Pinang sudah dijangka oleh semua pihak. Ini termasuklah Pas selaku salah satu parti yang bertanding. Jika diteliti kenyataan ini, mengapa Pas boleh berkata sedemikian.? Bukankah sepatutnya mereka menaruh keyakinan setelah beberapa siri kemenangan.

“ kalau saya nak jadi calon bebas, saya boleh menang di Telok Kemang.” Isa Samad.

Itu keyakinan Isa Samad bilamana beliau dikenakan tindakan tatatertib. Pas tahu, Isa Samad bukan kecik2 anak. Walaupun Isa dilahirkan di Melaka, tetapi beliau sudah menjadi anak jati Bagan Pinang. Dengan usia yang begitu muda, Isa sudah menggantikan arwah ayahnya. Maka pengalaman Isa dalam politik jauh lebih luas jika dibandingkan dengan calon Pas.

Pilihanraya Bagan Pinang amat penting kepada semua pihak. Aku dapat simpulkan, disinilah kemuncak segala kisah drama politik. Undi melayu di Bukit Gantang semakin naik dan semasa prk Manek Urai yang bermajoritikan melayu 90%, umno hampir memenangi kerusi itu. Dan akhirnya, umno mencapai kejayaan di Bagan Pinang. Adakah ini menandakan melayu sudah kembali kepada umno.?

Aku tidak pandai menganalisa, tapi aku hanya ingin menulis apa yang aku rasa. Semuanya kerana aku bukan orang politik, seorang blogger ataupun seorang ilmuan. Aku hanya suka mencoret2 apa yang ada dalam kepala aku.

Kalau Manek Urai dikatakan kubu Pas, Umno melawan sehingga bermajoritikan 65 undi sahaja. Tetapi sebaliknya Pas tidak melawan langsung di kubu Umno. Mungkin sebab ini Pas menyalahkan umno dan pengundi diatas kekalahan mereka demi menutup kepincangan mereka sendiri. Mengapa harus menyalahkan pengundi sedangkan undi itu hak semua orang.?

Bagan Pinang amat penting bagi Pakatan. Kalau mereka tewas, maka kemenangan prk sebelum ini bukan kayu pengukur kekuatan Pakatan. Boleh dikatakan, kemenangan prk sebelum ini adalah dilaman sendiri. Kerusi yang sengaja dikosongkan atau kerusi yang boleh bertukar parti.

Apa yang dapat simpulkan, pakatan masih belum mampu untuk menawan kerusi umno. Apa yang kelihatan pengundi umno dan atas pagar telah kembali menyokong umno. Begitu juga di Manek Urai dimana pengundi disana mahukan perubahan. Umno telah berubah sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan Pas. Tetapi Pas berubah memperjuangkan bukan melayu. Disini berkemungkinan perasaan melayu sudah tersinggung dengan tingkah laku Pas yang keterlaluan.

Pas awal2 lagi sudah menghidu kekalahan setelah Isa samad dicalonkan. Sebaliknya, Pas telah mengambil calon import bagi Bagan Pinang. Disini peranan calon sudah dimenangi oleh umno. Walau Isa pernah digantung keahlian umno, penduduk Bagan Pinang tidak kisah akan hal itu. Kalau di Permatang Pasir umno salah meletakkan calon, di Bagan Pinang Pas pula silap dalam menampilkan calon.


Mahathir menolak pencalonan Isa Samad. Itu pandangan beliau. Bagi aku, kalau umno meletakkan selain Isa Samad, aku yakin, berkemungkinan umno akan tumbang di Bagan Pinang. Isu rasuah hanya momokan pembangkang sebenarnya. Pengundi tidak mengikut fakta. Pengundi mengikut selera, samada selera terkini atau selera menu kampong sahaja.

Setelah pengumuman rasmi oleh Spr, didapati semua peti undi dimenangi oleh umno. Apa yang mengejutkan ialah peti undi bukan melayu. Senario India menyokong BN adalah pelik ketika ini.

Adakah kerana MIC membuat kerja setelah Najib memberikan signal yang jelas kepada Mic? atau aura Isa itu memberikan impak kepada pengundi India..? Pernah dikhabarkan, bukan Umno yang bertanding tetapi Pas melawan aura Isa di Bagan Pinang. Apapun, persoalan adakah dengan tertubuhnya parti Makkal Sakhti telah memberi tamparan kepada MIC.?

Undi Pos. Bagi aku itu terpulang pada tentera itu sendiri. Undi hak masing2 dan yang memangkah juga masing2. Aku rasa bukan tentera sahaja yang terikat, malah semua kakitangan kerajaan juga terikat. Oleh itu, aku ingin bertanya..... seorang tentera takut ke hanya dengan ugutan..? Kalau dulu Pakatan boleh mendapat 1500 undi, adakah itu tidak telus..?

Itu semuanya persepsi manakala dari segi startegi aku lihat kekadang Pas jauh ke depan. Mungkin aura Isa telah menyelamatkan umno.

Pas telah attack tentera dari awal. Ini sebenarnya startegi yang bagus. Undi tentera sebenarnya menjadi penentu di Dun ini. Sebab itu kedua2 pihak telah membuat home work awal dalam mendapatkan undi abg tentera ini. Jika diamati, majoriti undi tentera hanya bertambah sedikit bermakna masih ramai tentera yang menyokong parti yang menyokong komunis ini. Sepatutnya Pas sudah boleh menarik nafas lega... akan tetapi.... Pas kalah di semua peti undi. Maka tidak timbul la isu BN menang undi Pos.

Penamaan calon Pas dibuat di markas Dap. Ini kerana Pas Bagan Pinang tidak kuat. Sebab itu, ceramah Pas hanya mendapat sambutan dingin oleh penduduk setempat. Akan tetapi Pas tidak kurang hebatnya dalam membuat perancangan propaganda. Kedinginan itu ditawarkan dengan membuat satu drama bodoh untuk menarik perhatian ramai. Maka dicetuskan la lakonan kaku oleh pelakon bangang. Maka riuh rendah la Bagan Pinang dengan aksi2 yang mendebarkan.

Adakah ia memberi kelebihan kepada Pas.? Sepatutnya ia... tapi di Bagan Pinang taktik ini ditolak oleh pengundi. Aku yakin, kalau di Terengganu atau Kelantan mungkin suka akan budaya seperti itu tetapi bukan di Bagan Pinang.... orang PD amat meluat akan pergaduhan. Apatah lagi orang luar mencabar penduduk setempat. Apa yang aku nak katakan.... diibaratkan peluru makan tuan.

Sebenarnya susunan cerita Pas amat hebat. Oleh kerana Pas Bagan Pinang tidak kuat, maka rancangan untuk cencaru makan petang diolah secukupnya. Kerana apa..? brother Anwar tidak suka memberi ceramah hanya di depan10 orang. Sebab itu drama Sirap Merah direka bagi memenuhi kehendak Anwar. Tapi... rupanya2 kedatangan Anwar di Bagan Pinang tidak la sehebat mana. Sebab itu semasa beliau memberi ucapan, aku tengok mukanya seperti tidak puashati., dan memperli kaum India... Porahh.... puccikk..

Apapun, kelemahan Pas juga terjadi pada BN. Orang Pas Bagan Pinang amatlah sedikit. Hampir keseluruhan jentera parti digerakkan oleh orang luar. Inilah kelemahan Pas yang mengsengsarakan team Hadi dalam menawan hati pengundi. Pas Bagan Pinang tidak kuat kerana umno Bagan Pinang kuat.

Sebenarnya, BN jentera BN adalah tidak sehebat mana. Aku dengar banyak keluhan di dalam kelambu. Malah jentera BN juga tidak mengumpulkan sepenuhnya tenaga di dalam Bahagian Telok Kemang. Ini amat mendukacitakan. Huh...

Banyaknya aku menceceh..... ini persepsi rakyat. Ada juga isu peringkat nasional telah memberi kesan kepada kemenangan umno. apapun..... Argg.... aku nak tdo... takde keje aku nak menulis panjang2...........

No comments:

Post a Comment