Tuesday, October 13, 2009

memang kaki kelentong

Biasalah, bila marah semuanya terpacul keluar. Bila kita selalu tidak berkata benar, akhirnya akal sudah tidak mampu menipu hati lagi. Kalau aku kata, mungkin sebab aku orang umno. Mereka kata Orang umno rosak ahlaknya. So untuk membuktikan apa yang aku kata benar... aku hanya menyampaikannya sahaja.

Ada sesuatu yang baru yang dilakukan oleh pemuda BN di sini. Saya tidak pernah melihat aksi sebegini sebelumnya. Jerit-menjerit, pekik-memekik, itu sudah biasa. Menunjuk isyarat lucah juga biasa saya saksikan. Aksi Puteri Umno yang tidak sesuai juga pernah berlaku di hadapan saya. Tetapi di sini sesuatu yang baru dan berlainan, bagi saya. Senget.

Kalau aku cakap, BN tak pernah buat, orang akan kata... masuk bakul angkat sendiri. Tapi inilah hakikatnya. BN jarang membuat provokasi yang terlampau. BN seringkali mengalah dan bertindak pengecut.

Tapi mengapa Pas parti Islam sanggup menipu dalam membuat propaganda..? Kalau tak pernah buat, mengapa umno yang sering dituduh membuat provokasi dan samseng.? Disini siapa yang lidah bercabang. Inikah budaya yang diterapkan dalam masyarakat kita..? Menipu dan membuat hura hara. Bertopeng sana sini seperti macam penyangak atau pengganas. Inikah ciri Islam yang sebenar.?

Seruan aku supaya umno tidak tunduk dalam provakasi pembangkang seperti didengari. Di Bagan Pinang provakasi pembangkang disambut dengan meriah. Aku rasa Pas sendiri terkejut dengan sambutaan itu. Aku harap ia pengajaran kepada Pas. Usah asyik nak memperlekehkan orang. Harap je ketayap besar... tapi perangai macam jin.

Saya fikir perkara ini dirancang khusus untuk menyaingi PAS yang biasanya melakukan perkara ini. Biasanya pemuda BN akan terpaku dan diam apabila perkara ini dilakukan oleh PAS tetapi kini mereka pula yang melakukannya.

Hahahha... seperti terpaku bukan. Kalau nak buat jahat bukan susah mana pun. Buat baik je orang susah nak buat.

Malu dengan gelagat seperti itu..? hahhaha....apa yang dilakukan oleh orang BN, itulah cermin untuk orang Pas... kalau nkorang baru rasa nak malu.. aku dah lama meluat. Ko ingat selama ini terpaku tu sebab orang BN bangang atau kagum dengan gelagat meloyakan ke..?

Terpaku sebab orang BN itu bijak berfikir... kata je Parti Islam tapi perangai menjijikan. Sebab itulah orang BN tak layan.

Ada tiga perkara. Pertama, mereka turut bertakbir seperti orang PAS bertakbir. Kedua, mereka berselawat seperti yang biasa dilakukan orang PAS. Dan, ketiga mereka berdoa seperti yang biasa dibuat orang PAS.

Yang bestnya....

Umno selalu menuduh PAS memperalatkan agama untuk politik, adakah Umno juga sudah turut melakukan apa yang mereka tuduhkan itu? Mengaku ke Pas memperalatakan Islam..?

Umno juga akan melaungkan takbir seperti PAS dan lafaz itu bukan ekslusif untuk PAS?

Apa plak jumudnya fikiran dia ni. Ekslusif Abah nko. Nko ingat takbir ini untuk Pas dan bukan milik Islam..? ini pun nak dipersoalkan..? Takut terancam..? Sebab selama ini Pas berselindung disebalik takbir..?

Takbir, selawat dan doa pemuda Umno itu hanya pura-pura sahaja, kosmetik sahaja, main-main sahaja.

Kenapa?

Kerana, kalau mereka sungguh-sungguh tentu Isa yang rasuah itu tak akan terpilih sebagai calon dan kalau terpilih pun dia tak akan menang.

Hahhaa.....otak nko ini otak udang yang dah beku. Langsung tidak ada akal. Bapak rasuah ko sanjung, ko takbir ko doa... ko puja.... tapi bila dah kalah isu lapuk yang ko dendangkan.

Kerana apa..? nah member ko tulis sendiri.Tak pun orang yang bijak pandai yang memberi jawapan siapakah Pakatan yang sebenarnya. Pandai borak tapi tak pandai buat. Menyusahkan orang je yang pandai.

Kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang, antaranya, berpunca daripada kegagalan parti itu dan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di negeri yang dimenangi mereka.

Dr Sivamurugan berkata, PAS memberikan lebih tumpuan isu rasuah dan integriti sehingga menenggelamkan isu kebajikan - yang pernah dianggap berjaya meraih perhatian pengundi bukan Melayu.
"Pembangkang kali ini banyak memainkan isu korupsi dan integriti.

Pandai cakap, tak pandai buat. Macam mana nak bagi kebajikan kepada rakyat. Kot negeri yang diperintah cekap sangat... mungkin dah lama dah dicanang satu dunia.

Yang sering dipuja hindu. Ingat dengan undi India sesuatu parti itu boleh menang..?

Menggadaikan melayu untuk menarik sokongan mereka. Ok... kita tengok, 1Malaysia boleh ke depan atau program Anwar akan terbengkalai.

Opss... pada budak pakatan. Jangan lupa politik cina itu macam mana. Jangan asyik pandang yang gelap sahaja. Sesekali kena pandang yang cerah.

Terbukti politik ini sebenarnya menipu.... semuanya menipu. Termasuklah Pas yang berselindung di sebalik nama Islam. Bila la nkorang nak sedar yang selama ini kamu diperbodohkan..

No comments:

Post a Comment