Monday, October 12, 2009

mengakui lebih terpuji daripada menuding jari

Bagan Pinang sudah sepi tapi tidak blogger pakatan. Bagai melepaskan geram dan malu, mereka spin cukup2 isu rasuah. Memanipulasi isu orang pakatan memang hebat. Mereka cukup terlatih untuk menipu daya. Kalau syaitan itu pandai memesongkan umat, begitu jugalah dengan mereka. Mungkin mereka dah dijar oleh anak setan kot.

Cara aku bercakap aku seperti menyokong rasuah. Kalau aku menyokong apa yang aku dapat.? Umno akan bagi aku bunglow sebijik ke.? Aku totok umno.? Mungkin la kot aku totok umno. Tapi sebelum sesiapa menuding aku totok umno…. Tengok diri sendiri. Siapa yang totok.? Aku atau ko..?

Aku ambik apa yang depa tuliskan.

Barangkali Salehuddin dan Mahfuz terlupa bahawa PAS seringkali mendidik para pengikut mereka agar MENCINTAI rasuah. Mursyid mereka sendiri yang menyatakan, 'Kalau orang bagi, kita ambil, kita simpan. Tak cukup kita minta lagi... tapi undi bagi kepada PAS'.

Mengapa Pas tidak menyarankan agar menolak rasuah itu.? Mengapa disemainya budaya penawaran dan permintaan.? Kalau kata “ dah umno kasi, ambik je la. ”. Dah tau rasuah kenapa nak ambik.? Kalau dah tau haram… kenapa nak ambik.? Tuan guru suruh ambik..? tang ini aku no komen la…. Guru ini maksum. Kalau rasuah itu dosa, maka dosa BN juga berkongsi dengan Pas.

Begitu juga dengan kes-kes rasuah pengundi dengan beras, gula, batik, sejadah dan wang RM50 seperti yang berlaku di Bukit Gantang.

Orang Pas mesti menafikan dakwaan ini, tapi bukan aku. Member aku yang kaki pancing pun pagi tadi ada cakap. Dulu mereka ada bagi Rm200 di Selambau. Kenapa pakatan nak hiprokrit untuk mengakui..? mengapa mengata orang lebih2 sedangkan pakatan sendiri tidak pernah memerangi rasuah.

Lihat di Selangor… kroni mana yang balun duit rakyat.? Kenapa kantung Selangor semakin menipis.? Kalau duit diagihkan kepada rakyat takpe gak….. duit habis tapi satu projek besar takde. Asyik2 majlis entertainment. Hermmm.. sampai bila la rakyat nak diperbodohkan. Hermm…..

Pas oh Pas… kalau mengata umno sudah tergelincir, Pas apa kurangnya. Lihat semula wajah Pas sekarang. Tidak malukah Pas dilabel sebagai pencuci bontot kafir..? terpulanglah samada hendak berubah atau tidak. Jangan sampai nanti orang sudah tidak tahu membezakan diantara DAP dan Pas.

abe mie PAS sudah hilang taring dalam perjuangan politiknya. PAS berjuang dan berjihad untuk melaksanakan hukum hudud tetapi apabila diberi 'test market' PAS tidak mahu hudud dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment