Friday, October 23, 2009

nasib baik dunhill 14 tak naik

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Aku tak tengok atau dengar budget hari ini. Check kat intenet, takde berita yang menggembarkan untuk rakyat. Bonus yang ditunggu2 oleh kakitangan awam pun kalau tak silap aku takde. So kalau nak dikatakan budget mesra rakyat.... hhahhaha.... aku no komen. Bukankah bonus sebagai lambang “mesra rakyat ” tidak ada dalam senarai pembentangan.?

Membaca statement memacu ekonomi berpendapatan tinggi membuatkan aku rasa tersenyum. Aku suka akan hal ini. Kerana, seringkali aku membuka sidang dewan di kedai kopi topic ini. Sudah tiba masanya kerajaan memacu ekonomi kearah ekonomi ini. Ekonomi yang berdasarkan pertanian atau FDI sebenarnya sudah tidak mampu memberi pulangan yang baik kepada kerajaan.

Aku tidak mengatakan bidang pertanian tidak menguntungkan, tapi kalau nak buat.... buatlah dengan menggunakan teknologi tinggi dan procedure yang menggunakan ISO. Begitu juga FDI yang berteraskan kepada sektor perindustrian. FDI yang berbentuk kepada industri elekronik sudah tidak sesuai dengan persekitaran negara kita. Aku bagi satu sebab mengapa. Kos buruh negara kita semakin meningkat berbanding dengan negara seperti Vietnam dan Indonesia mahupun China. Sebab itu negara2 ini sudah menjadi pemain utama dalam sektor perindustrian berbanding dengan negara kita.

Jika melihat China, negara ini sudah mengorak langkah menyangi Amerika dalam kek ekonomi dunia. Dalam masa 10 tahun, aku yakin ekonomi China bukan sahaja mampu meninggalkan indeks Nikkei malah China akan menjadi gergasi ekonomi dunia.

Langkah Najib membuat dasar asas kepada ekonomi yang berteraskan kepada ekonomi tinggi sepatutnya disambut baik oleh sektor swasta. GLC kena memainkan peranan utama dalam menjadi pemangkin ekonomi semasa manakala pemain ekonomi seperti Bio Tech atau industri seperti ICT, perkapalan atau dsb akan menjadi buah tangan dimasa akan datang.

Kejayaan industri yang berteraskan ekonomi tinggi tidak akan dimaanfaatkan oleh rakyat jika kerajaan gagal dalam membentuk rakyat yang berpendidikan. Pendidikan amat penting jika kita beralih kepada ekonomi seperti ini.

Sebagai contoh. QME ada menyatakan secara jelas pentingnya penyelidikan oleh universiti2 dalam negara. Dalam mengorak langkah kearah penyelidikan, pihak universiti hanya mementingkan Dr dan researcher ( RA) dan meninggalkan support staff. Kelihatan universiti berjaya tapi hakikatnya mereka gagal dalam membentuk masyarakat yang bermindakan pendidikan atau kepakaran.

Ini aku tidak menyentuh projek tahun akhir pelajar yang kekadang tidak menggambarkan mereka adalah pelajar universiti. Title projek sekadar boleh dibeli di Jalan Pasar . Dan yang menyedihkan, tabiat copy paste sudah merebak didalam pembentangan jurnal. Argg,.... tak sudah aku merapu..

Apapun, kalau kerajaan tidak memperkukuhkan institusi pendidikan maka... kita akan tetap gagal walaupun ekonomi kita mencecah 2000 mata.

/me ekonomi baik tapi rakyat tersepit....

No comments:

Post a Comment