Monday, December 7, 2009

lama dah tak tulis blog

Hermm…. Dunia blog masih tidak berubah. Tapi kelihatan facebook atau twitter memberikan impak yang agak besar. Blog semakin slow. Tapi masih ramai yang setia pada dunia blog.

Aku tak tahu nak tulis apa. Sejak masuk dunia game, aku dah macam orang dalam gua. Tak tahu mende yang terjadi kat alam sekeliling. Baca paper pun gitu2…. News..??? kadang…. kadang..

Tadi aku click kat blog Yb Kulim. Then teringat modal bicara dengan biras aku. Bukan isu tapi aku hanya ingin tahu sejauh mana kecemerlangan YB ini dalam menjalankan tugas setempat.

Sekolah nak pasang satu lampu jalan di dalam sekolah. Dipendekan cerita, TNB bagi bil RM 400. Then, pentadbiran sekolah merasakan RM400 itu besar ertinya. Lalu keinginan sekolah tadi hanya tinggal angan2.

Aku ajukan, kenapa tak bawak hal ini ke PIBG..? hermm.. memang nak bawak.. tapi PIBG pun bukan ada duit. Duit hadiah PMR pun gantung lagi. Then aku suruh cuba bawak hal ini kepada YB. Aku rasa benda ni bukan besar mana. Silap2 Yb tak payah keluar modal pun.

Tu la… “ abg Mad pun baru terfikir nak cuba “. Nak cuba..? maksudnya selama ini YB tak turun padang ke..?

Ada…. Tapi ke sekolah belum lagi…. Ada gak jumpa kat majlis2 lain. Ye ke….? Hermmm… cubalah bawak… mana la tau YB boleh tolong. Tengok dia macam ok je. “ tengoklah nanti camner… Tengok macam on paper je ok. Banjir hari tuh pun YB tak turun.” …. Aku diam. Untuk sedapkan hati Abg Mad.. aku cakap…. Hari tuh kalau tak silap Yb pergi umrah atau tengah bercuti…….. Kalau bercuti... mana orang kanan dia..? kalau bukan kanan.... dapat orang kiri jadi la.... Aku.??? aku diam je la......

Kesimpulan cerita… bagus on paper, bagus di dewan rakyat.. tapi jaga kawasan taklah sebagus mana. “Kita dah cuba, sekarang dah tau lagu mana…” Itu pendapat Abg Mad dari segi pengalaman beliau sebagai pentadbir sekolah. Aku… no komen. Sebab aku lebih realisitik.

Baca blog politik…. Emm… membosankan. Ambik kes panas Nik Aziz. Kenapa nak salahkan Umno.? Kot betul umno menyerang Nik Aziz, salahkah..? Kalau Pas menyerang Mahathir meletakkan jawatan boleh kenapa plak umno tak boleh.?

Kalau Pas semua je boleh.. kalau umno tak boleh.?

Aku tak tau isu Nik Aziz berpunca dari mana. Kalau tak silap aku ia bermula dari kes salah laku menantu dia. Dulu, semasa menantu beliau dapat jawatan CEO, “ kalau dia layak, kenapa kita nak sekat ”. Sedap je ayat dia je kan. Dia lupa…. Kalau orang lain…. Dia kata kroni walau orang itu layak. Nak wat camne kan… takan nak lawan Tok Guru.

Umno menyerang..? emmm.. aku rase umno menyerang takde la macam Pembangkang mengutuk kerajaan. Boleh diibaratkan… hanya pukul sipi2 je. Itu pun, di ibaratkan pukul anak… marahkan menantu.

Umno menyerang guna SPRM..? hhahhahaa.. mereka dah gelabah..? sebab apa..? Bilamana MSO kata…. Tidak menafikan semua itu..? huh.. sekurang2nya terjawab sudah kenapa blog pembakang diam dalam isu kekayaan keluarga Nik Aziz. Yang aku rasa lawak….. Mencari harta adalah hak semua orang. Tau takpe…. Cakap umno ting tong ting tong… tapi bila time batang hidung sendiri boleh plak..... pegi daaa.....

Kenapa harus Tuan Sabariah Tuan Ishak..? kenapa tidak sahaja bubuh nama Nik Aziz..? Hebat bini Nik Aziz ni sampai ada 2 kedai dua tingkat. Aku dengar rege rumah ni dalam 2 juta. Huhuhu…… hebat.. hebat…..

Aku malas nak cakap. Tapi aku umpamakan…. Orang pakai baju singlet hanya semata2 mengaburi mata rakyat. Kalau Nik Aziz camni….. so apa kes balak..? takde pun mereka menafikan. Mso sendiri pun pernah kata….. hanya kroni2…. Cehhh…….

Ribut dalam parti sendiri… marahkan orang. Memang tak pernah muhasabah diri. Cuba fikir…. Adakah semua ini hanya permainan politik umno..? sape Kickdella.? Orang umnokah..? Tidak terfikirkah, mungkin Husam sengaja untuk menjatuhkan Nik Aziz untuk menduduki kerusi MB..? Tidak terfikirkah, mungkin ini balas dendam Hadi ke atas serangan Nik Aziz kepada beliau.

Nape..? ko ingat orang yang bersongkok semua baik.? Kot hanya di nilai dari kopiah… takde la penjara kat Arab…. Rajin2 la dengar politik orang berkopiah…. Hhahahha…. Silap2 lebih hebat dari politik Najib.

Aku tak kutuk Nik Aziz... tapi... secara peribadi.... dia wajib berundur. Fikirlah sendiri.... takan sampai ke akhir hayat.

/me sedap duduk kerusi MB... sendiri tak dapat... bini aku dapat. Takan aku nak letak jawatan. huh....

No comments:

Post a Comment