Thursday, October 1, 2009

Orangnya pendek

Pagi2 bos dah panggil. Nak pinjam telefon katanya. Masuk pintu bilik je terus menceceh. “ kalau camtuh la ramainya, Pas hangus wang pertaruhan. Tu bukan 10 ribu… tu 20 ribu yang datang." Aku tak nak komen apa yang dia cakap. Tapi aku ada dengar dia cakap, ramai gak bukan melayu yang datang. Hermmm.. . aku hanya mendiamkan diri sambil menjeling. Aku kan aku kerek skit...


Gambar ini aku ambik dari rbf. Ia membuktikan apa yang bos aku cakap memang ada benarnya. Peluang BN untuk mengekalkan kerusi amat cerah. Sokongan padu yang diberikan oleh penduduk PD semalam membuatkan pakatan mati langkah.

Pas bagaikan sudah mendapat alamat yang pakatan akan tersungkur. Aku harap BN bukan sekadar mengekalkan kerusi, tapi aku mahukan pertambahan majoriti undi yang lebih besar.

AKu tak nak orang yang pernah memegang jawatan Menteri Besar hanya sekadar menang nasib. AKu nak Tan Sri Isa menang bergaya. Menang sebagai ayam jantan, dan bukan macam ayam betina. Menang hasil dari memburukan orang. Selama ini pakatan hanya menang di gelanggang sendiri. Kalau di Manek Urai umno melawan hampir mencapai kemenangan , kali ini aku nak tengok Pas melawan atau tidak.

Aku tau, Pas begitu terdesak sekarang. Pas tidak mahu dimalukan di Bagan Pinang. Sebab itu dia hantar kapten pencen untuk menyerang dalam kem.

Pada tentera, kalau sekadar isu persaraan bekas jeneral, atau perangai CEO yang selalu menebang pokok dijadikan alasan menyokong pembangkang, hermmm… aku tak nak kata apa dah. Nampak sangat mentaliti korang camner. Memang benar la kata pembangkang, tentera Malaysia tak guna, komunis gak yang hebat.

Apapun, Najib datang ke Bagan Pinang. Prk sebelum ini, Najib sekadar perati dari jauh. Tapi kali ini, seperti dia memberi sokongan moral kepada Tan Sri. Kepada penduduk Bagan Pinang… jangan lepaskan peluang yang ada. Fikir mengapa Najib sanggup turun gelanggang.

/me kawan sendiri bertanding….

No comments:

Post a Comment