Wednesday, December 9, 2009

kerajaan ini racistttt.....

Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, sebab itu kerajaan Pusat harus belajar daripada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam. utusan

Aku teringat soalan yang biasa kedengaran dari student untuk semua PM kita. Biasiswa untuk melayu tapi majoriti yang bayar cukai bukan melayu. Adilkah kerajaaan.?

Yela… sepatutnya kita kena ikut cara Nik Aziz… yang ramai membayar cukai bukan melayu, so kena banyakkan derma di tokong dan bukan masjid. Racist kerajaan BN tidak sahaja terhad kepada pentadbiran tapi dari kebebasan beragama juga seperti disekat.

Kalau melayu boleh berdakwah ke atas agama lain, mengapa kafirun tak dilarang berdakwah ke atas agama Islam.? Kalau menara masjid boleh didirikan tinggi mengapa tokong atau kuil ke tidak boleh didirikan lebih tinggi dari menara masjid. Tak adil kan kerajaan kita.

Kalau melayu boleh beli rumah diatas kuota bumiputera, mengapa bukan melayu tak dapat sedangkan cina yang buat projek perumahan itu. Melayu kena bersaing untuk membeli rumah. Bukankah adil begitu.

Mengapa kawasan perumahan, melayu akan duduk di kawasan melayu dan bukan melayu akan di letakkan di zon berasingan. Mengapa..? Terang-terang kerajaan bersikap rasisct…. Tidak mengamalkan sikap 1Malaysia. Tak kisah la… kalau sebelah rumah kita hindu atau cina yang membakar colok. Kita kena hormat agama orang lain. Bukankah begitu....?

Mengapa ada yang dikategorikan rizab melayu.? Bukankah dengan mengelaskan tanah tidak melambangkan konsep negara majmuk. Bukankah ia seperti kerajaan mengamalkan sikap diskriminasi terhadap rakyatnya untuk memiliki aset. Kalau cina nak beli tanah, kenapa kita harus menyekat. Dia ada duit... ikut dia la kan nak beli apa. Takut melayu takde tanah satu hari nanti....?? biar la..... kan melayu sudah hebat.....

Sekarang ini, melayu menopoli perkerjaan sektor awam. Adilkah.? Tidak adil kan….. sekarang ni, ramai lagi yang berkerja tapi belum diserapkan… so, aku menyeru agar ceupacs menyarankan kepada kerajaan agar tidak menyambung perkhidmatan mereka. Kita kena telus dalam mentadbir kerajaan. Kita kena bagi peluang kepada india dan cina menceburi sector awam. Barulah pertadbiran yang telus dan bukan racist..... mementingkan satu kaum sahaja. Bukankah begitu..?

Habis….. kalau tak sambung kontrak dia nak kerja kat mana..? lorrr…. Cari la kerja mana pun… jangan pandai cakap tapi pada yang sama managih simpati. Cet….

/me baru pandai terbang sudah lupa rumput di bumi…..

No comments:

Post a Comment