Saturday, May 22, 2010

judi

Isu Sime Darby aku tak nak cakap. Sebabnya aku memang ada menulis tapi kerana aku hanya beranggapan CEO hanya jadi kambing hitam... aku biarkan ia atas desktop aku. Sampai la ni aku rasa banyak perkara masih tersembunyi dalam kain. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Apapun.. aku hanya tunggu dan lihat. Kalau ia umpama hangat2 tahi ayam.... ermm.... so lupakan jek.

Dalam pukul 2 pagi ini... aku terasa seperti ingin menulis.... cakap apa yang aku nak cakap. Aku nak cakap bila orang Pas membuat demo untuk membantah judi. Aku tak tahu... apa aku cakap aku ini adakah aku menghalalkan sesuatu yang haram. Terfikir oleh ku..... aku silap ke.?

Aku cuba analisa dari segi teknikal.

Lesen judi bola sepak piala dunia. Perkara pokok, “ judi ”. Judi haram disisi Agama Islam. Adakah dengan memberi lesen judi kepada TOTO menghalalkan apa yang haram..? aku berkerut dahi. Menghalalkan kepada orang Islam..?

aikk.... maksudnya... selama ini, kedai TOTO itu untuk orang Islam dan bukan orang kafir berjudi atau membeli judi..? wahh... camtuh, kalau tidak ada piala dunia sekalipun,sama je. Orang ISLAM tetap berjudi..? macam tuh ke..?

Kalau senario camtuh..... kenapa pulak takde orang nak bangkang atau berdemo untuk tutup tempat2 maksiat atau perjudian? Dan kalau benar pakatan pembangkang hendak buat negara ISLAM atau undang2 Islam.... mengapa negeri yang diperintah pembangkang tidak menutup pusat2 seperti itu..?

Alasan nak laksanakan HUDUD.... PAS akan cakap... kerajaan persekutuan tak bagi. Ok la aku terima alasan tu. Tapi... kenapa tidak mulakan apa yang mampu. Tutup semua pusat perjudian, maksiat, pelacuran and so on..... barulah ada perubahan untuk menuju negara Islam. Betul kan... ( jangan jawab negara majmuk ek... kalau jawab ko gitu... otak ko kategori otak beku ).

Tapi.... apa yang terjadi di Selangor.. sebaliknya pulakkk..... Patut tutup pusat maksiat... tapi rupanya2 semakin subur. Uhh.....

Dimana istilahnya menghalalkan apa yang haram..? bukan lesen tu bagi kat orang kafir ke..? Sebenarnya... dimana silapnya..? bukankah kelemahan penguatkuasaan, didikan agama dan dsb..?

Opss... last sekali kan... cuba kita melalut skit dari topic. Penguatkuasaan biasanya BERMULA dari jabatan agama. Mesti pembangkang akan cakap dan memang pun mereka cakap. JAIS atau jabatan agama pro Umno. Malah sultan pun pro umno.

Jengg..... kira nak mengelak la tuh....... hehehe...

Aku jawab senang jek. Kalau kita kawin mertua tak berapa intim, pandai2 la ambik hati mertua. Lama2 kalau kita bijak... dan sememangnya kita ok.... sure mertua akan sayang. Tapi kalau memang kita tak bagus... camne mertua nak sayang. Tak gitu..?

So.... adakah memang anda tak bagus sehinggakan bukan sahaja mertua tak sayang... malah keluarga sendiri tunggang langgang sehinggakan hilang kawalan..? alahai....

No comments:

Post a Comment