Pada pru 2008 aku mengharap agar pakatan menang di Selangor. Aku ingin buktikan aku bukan munafik tentang jawapan hudud. Bagi PRU 2012 pula aku mengharap pakatan akan menang secara keseluruhan.
Walau aku dapat rasa apa yang akan dibawa oleh pakatan serta kesan-kesanya namun bagi aku biarlah sama-sama rasa.
Allah memberi peluang dan gambaran yang sebenarnya pada pru yang lalu. Begitu juga hikmah filem menghina Nabi Muhammad S.aw. Jika kita halusi, sepatutnya kita bersatu menentang penghinaan ini namun sebaliknya yang terjadi.
Perpecahan antara umat semakin ketara. Demo atau bantahan sepatutnya dibuat bersama-sama atas nama orang Islam tapi malang buat Umat Muhammad masakini. Bendera politik menjadi penghalang.
Satu kisah seorang penyokong tegar pakatan memerlukan sumbangan dari YB untuk membuat program belia. Samada dia meminta sumbangan daripada YB pakatan atau tidak aku kurang pasti. Yang pasti dia meminta sumbangan dari YB BN walaupun negeri ini diperintah oleh pakatan.
Apa yang aku ingin katakan ialah, YB ini bertungkus lumus membantu orang melayu tapi agak malang, orang kampung menyatakan YB ini pun tidak pasti akan menang pada pru akan datang.
Fikirkan, kalau perkara semudah ini kita pun tidak boleh berfikir secara rasional apatah lagi perkara-perkara politik yang perlu difikir secara kolektif.
Sebenarnya apa yang aku takutkan bukan sahaja kehidupan semakin sukar apabila pakatan memerintah. Aku lebih takutkan balasan ALLAH pada negara.
Sekarang isu LGBT dimainkan oleh BN. Adakah ini sekadar isu politik atau sememangnya barah yang sedang merebak ke dalam masyarakat kita.
Ok kita buang tepi politik. Cuba kita lihat masyarakat sekarang. Orang sudah tidak malu untuk menyatakan dia seorang gay. Lihat blog ni. Ia di isukan oleh mazidul. Follower mencecah 400 orang. Ini hanya contoh daripada lambakan komuniti gay yang sebenarnya melingkari masyarakat kita. Ini baru gay. Belum lagi golongan less yang lebih parah dari gay.
Dari lanskap politik pula, kita akan lebih plural walaupun penyokong pas beranggapan negara kita lebih Islamik. Kebanyakan penyokong mereka hanya melihat Kelantan dan bukan Selangor. Kelantan tidak boleh dijadikan contoh masyarakat Malaysia. Ini kerana 90% rakyatnya adalah melayu dan beragama Islam.
Anwar menjadikan Turki sebagai negara role model. Kenapa harus Turki bukan negara Islam lain. Ekonomi Turki dijaja dalam membuat persepsi baru. Memang benar apa yang dikatakan oleh Anwar bahawa ekonomi Turki jauh berkembang jika dibandingkan dengan Malaysia. Tapi adakah kita sedar bahawa siapa di belakang ekonomi Turki.?
Turki adalah contoh negara Islam Sekular. Begitu juga Indonesia kecuali Acheh yang mendapat autonomi daripada kerajaan Indonesia. Jika kita lihat perhubungan Anwar dengan pemimpin Turki dan beberapa pemimpin Indonesia sepatutnya kita dapat mengagak kemana Anwar hendak membawa negara kita.
Sekarang ini beberapa pemimpin Pas cuba untuk mengubah Pas dari Islamik kepada Islam demokrat. Antara yang lantang bersuara ialah YB Kuala Selangor. Jika separuh pemimpin tertinggi Pas mengikut politik Anwar, adakah Pas mampu menjadikan dasar partinya kepada dasar kerajaan.?
Jawapan pada permasalahan ini ialah didikan agama. Tapi sekarang semua permasalah dituding kepada kepada kesalahan kerajaan walhal semua didikan adalah bermula dari rumah. Kita tidak sedar, apa yang kita buat adalah tauladan kepada anak-anak sendiri.
Kita sering membawa anak-anak keluar malam. Samada makan di luar atau berjalan-jalan. Ada juga ketikanya kita membiarkan mereka bermain-main atau merayau-rayau. Ditambah pula ibubapa kurang mengambil tahu pergaulan anak-anak.
Perkara sebegini sebenarnya memupuk minda keterbukaan di dalam fikiran anak kita. Keterbukaan memang perlu ada tapi ada batasnya. Pergaulan yang bebas akan mendedahkan kepada gejala yang kurang sihat.
Yang lebih memburukan ialah mind set anak-anak kita. Malam siang sama sahaja. Adakah ALLAH jadikan malam untuk tidur dan berehat sahaja.?
Mungkin aku kekampungan. Aku mengakui akan tanggapan itu. Jadi terpulanglah. Tapi cuba kita renungkan. Andai kita berasal dari kampung, mengapa dahalu mak ayah kita melarang keluar malam.?
/me keluar malam adalah jalan ke arah maksiat.
No comments:
Post a Comment