Sejak mendapat emel tunjuk sebab mengapa aku menghisap
rokok, aku rela keluar minum sorang-sorang. Bukan sahaja café dilarang merokok malah
semua kawasan berpagar adalah kawasan larangan merokok. Ok la. Aku mengalah.
Aku rela minum kat serdang atau berpuasa setengah hari.
Walau pergi sorang tapi ramai kawan-kawan yang suka minum
merayau macam aku. Sama seperti pagi tadi. Biasalah kalau kawan dari department
lain mesti kita sembang kerja. Oleh kerana member aku dari unit sukan so dia
ceritalah pasal sukan. Aku ni semua topik boleh masuk. Jadi tidak ada masalah la
untuk tokok tambah.
Syarikat aku diamanahkan kerajaan untuk membangunkan hoki. Jadi
nama seperti Norsaiful Zaini atau Nor Azlan Abu Bakar adalah biasa. Nama biasa
tapi jarang jumpa diorang ni. Tapi dulu Saiful Zaini pernah buli aku main
badminton. Skill takde terer mana tapi aku kalah kat stamina. Jadi mestilah aku
kalah.
Ada dua perkara yang menarik perhatian aku. Satu ialah rumah
mampu milik di Selangor dan cara bos-bos mentadbir atau memerintah.
Sebenarnya kerajaan Pakatan tidak banyak membuat rumah mampu
milik. Kalau tidak silap aku di Bandar Baru Bangi ada 1. Itu pun hanya sebanyak
124 unit rumah di sec.3. Itu menurut mstar. Aku hanya dengar tapi tak tahu lokasi
yang sebenar. Walaupun abang Zainal cakap… tapi ramai kroni yang dapat. Tak apa
la asalkan ada daripada tidak ada.
Persoalan aku.. dimana rumah mampu milik di Selangor yang
kerajaan Pakatan hebat mencanang tu.? Aku rasa hampir sama atau lagi teruk ada
la. Seburuk-buruk BN banyak dia buat rumah murah. Kekadang projek BN tapi
pakatan dapat nama. Kalau baca Mstar
kebanyakannya adalah projek sebelum 2007 iaitu sebelum BN memerintah. Tapi bila
pakatan ambil alih kerajaan mereka yang mendabik dada.
Kalau betul kerajaan Pakatan banyak membuat rumah mampu
milik pasti exco Iskandar Abdul Samad menyenaraikan projek-projek yang
dijalankan. Dalam flash iklan kerajaan Selangor, exco tersebut hanya
memperkatakan tentang perancangan masa depan dan isu harga tanah yang tinggi di
bandar.
Kalau isu harga tanah tinggi…. Ala.. perlu ke nak cakap.
Semua orang tahu la bro. Nonsense sangat la. Kalau itu menjadi masalah, habis
selama ini itu bukan masalah ke kepada kerajaan BN..?
Kat Bangi sebelum Pakatan memerintah, memang betul dakwaan
YB ni. Kerajaan buat rumah kos rendah hujung dunia. Tapi walau hujung dunia aku
rasa lokasinya masih lagi startegik iaitu di belakang sec9. Tapi untuk
pengetahuan rumah ni sekejap je sold out walaupun diperuntukan untuk orang di
bawah pendapatan RM1000.
Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa. Penyokong pakatan
boleh percaya dengan air liur sahaja atau hujah-hujah yang basi. Kalau pemimpin
mereka tak buat rumah atas alasan mahal mereka boleh terima macam itu sahaja
tapi sebaliknya BN buat tapi sedikit mengeluh panjang. Mereka mahukan semua
dari BN perfect tapi pakatan kalau tak buat TAK APA.
Bukan BN yang buat sahaja hujung dunia. Kalau kat Bangi baru
124 dimana lokasi lagi Pakatan buat rumah.? Bukan di hujung dunia juga ke..?
/me cakap macam dah buat
/me cakap macam dah buat
No comments:
Post a Comment