Tuesday, May 14, 2013

kabinet dongeng aku



Sosek politik lebih terarah siapa pilihan Najib untuk menganggotai  kabinet Najib. Dari cerita di dengar, tidak ramai calon yang kalah menjadi senator. Jika ia benar-benar berlaku, ia adalah petanda BN sudah mula untuk berubah.
Najib perlu membariskan kabinet yang efisyen untuk membangunkan negara disamping menteri yang mampu untuk menjawab tomahan pembangkang yang semakin besar di parlimen.
Aku suka beberapa tokoh untuk diketengahkan atau dicalonkan semula. Azalina Othman Said atau Halimah Mohd Sadique antara nama yang boleh mengisi kekosongan di kementerian pembangunan wanita. Tapi secara peribadi, ia mungkin di isi oleh MP Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan timbalan yang agak sesuai ialah Datuk Halimah. Untuk memperkasakan peranan wanita mungkin Azalina boleh mengetui kementerian pelancongan atau penerangan.
Kuota menteri mca yang sesuai diberi peranan ialah, Liow Tiong Lai dan salah satu jawatan timbalan menteri boleh diberikan kepada Dr. Mah Hang Soon. Seperti apa yang aku katakan sebelum ini, KJ dan MP Hulu Selangor perlu diberi peluang.
Walaupun Ali Rustam dikaitkan pelbagai isu, kewibawaan membangunkan Melaka tidak boleh diperkecilkan. Mungkin pembangkang akan mengambil kesempatan untuk menyerang tetapi jika kita mengikut mulut pembangkang, tentulah semua apa yang kerajaan buat tidak betul.
Ada yang menyatakan pengorbanan Abdul Ghani Othman perlu dibalas. Persoalannya ialah, adakah Ghani wajar menduduki kerusi Timbalan Menteri sedangkan Najib perlu menambah kerusi menteri dari  Sabah dan Sarawak.? Kalau Abdul Ghani diangkat sebagai menteri, kementerian yang paling sesuai ialah  menggantikan tempat Rais Yatim.
Isa Samad mungkin mendapat tempat dan ada kemungkinan Shaziman akan digugurkan. Ini pendapat peribadi aku (walaupun semua ini cerita dongeng aku). Begitu juga dengan Ahmad Shabery dan Ismail Sabri akan digugurkan kerana ia adalah orang Pak Lah. Apapun aku melihat Ismail Sabri sudah menjalankan tugasnya dengan baik. Kalau Ismail Sabri digugurkan, adakah JJ akan menjadi menteri yang mempunyai kementerian sementara Idris Jusoh akan mengambil tempat Ahmad Shabery.?
Tidak lupa seorang lagi seorang giant politik dari utara, Shahidan Kasim. Mungkin beliau akan mengetuai satu kementerian kerana ada kekosongan dari kerusi Mca.
Aku kurang mengenali personaliti pemimpin politik dari Sabah dan Sarawak. Adakah Bung Mokhtar akan mendapat tempat.?
Selain Anifah Aman, MP Kota Belud juga dilihat sudah matang berpolitik. Ada kemungkinan beliau akan menjadi salah seorang timbalan menteri.
Kesimpulanya, rakyat Malaysia menanti siapakah bakal menteri Kementerian Dalam Negeri.?

No comments:

Post a Comment