Tuesday, May 14, 2013

Politik cina


Memang kita menolak politik perkauman tetapi ia tidak akan terjadi jika tiada asakan dan gerakan yang ketara untuk menggugat kepentingan sesuatu kaum. Malaysia terbina dengan perlembagaan yang dipersetujui oleh semua bangsa dan agama di Malaysia. Sepatutnya rakyat hari ini semakin matang untuk memahami intipati perlembangaan tersebut.
Pas mencemuh tindakan tulisan utusan Malaysia kerana dikatakan rasis tetapi mereka tidak pula mencemuh tindakan akhbar cina yang terang-terang menghina kaum melayu. Tidak menghairankan dengan tindakan Pas itu kerana Pas adalah parti politik yang bersengkongkol dengan gerakan tersebut.
Ada sesetengah pendapat mengatakan Pas mendapat sokongan banyak pihak kerana parti itu telah membuat pembaharuan dasar. Memang ada kebenaran terhadap hujah itu, namun bagi aku pembaharuan itu sebenarnya bukan sesuatu yang baru tetapi ia hanya kelihatan baru bagi Pas.
Aku mengambil contoh keterbukaan Pas kepada semua kaum. Adakah ia sesuatu konsep yang asing sedangkan BN telah mempraktikan konsep tersebut sebelum merdeka lagi. Jika ada yang menyatakan, Pas lebih maju kehadapan kerana mereka mempunyai penyokong parti bukan Islam (DHPP) sebaliknya keanggotaan umno masih terhad kepada orang melayu.
Politik tidak harus dilihat dari satu sudut tetapi ia harus dilihat dari konteks yang lebih besar. Sekarang ini ramai orang melayu memasuki Dap dan orang cina pula menjadi penyokong Pas. Jika kita lihat dari atas kertas, ia nampak baik tetapi jika kita perhalusi ini sebenarnya ia startegi sulit orang cina checkmate melayu.
Checkmate bermula apabila Dap akan dilihat sebagai parti memperjuangkan pelbagai kaum sementara orang cina di dalam Pas akan bertindak sebagai pengimbang terhadap semua tindakan Pas terhadap kaum cina.
Senario ini kita boleh lihat dengan mengambil contoh keputusan perebutan jawatan CEC dan tindakan DHPP membantah tindakan kerajaan Kelantan terhadap peniaga di Kelantan. Pada mulanya tiada seorang pun melayu mendapat tempat dalam perebutan CEC, namun setelah dikritik hebat maka Dap berjaya bermain silap mata dengan mengumumkan Zairil Khir Johari menang dalam perebutan jawatan.
Ramai tidak mengetahui, orang melayu yang dikatakan Dap itu melayu sebenarnya bukanlah melayu tetapi melayu berdarah cina kerana beliau bukan anak kepada Tan Sri Khir tetapi anak kepada isteri kedua beliau Cristine Lim Abdullah.
Semua tindakan orang cina adalah kerana dasar kepentingan bangsa. Mereka menyokong MCA atau Gerakan kerana mereka mahu kerajaan membantu kaum mereka maju. Begitu juga dengan pengundian orang cina pada pru 13. Adakah mereka menolak kepentingan bangsa mereka.?
Orang cina adalah opportunist dimana pada pru yang lepas mereka melihat peluang untuk bangsa mereka lebih mendapat nikmat dengan menjadikan negara lebih liberal dengan menghapuskan kepentingan orang melayu.
Banyak faktor menjadikan peluang itu terjadi. Pertama ialah sokongan penuh dari Pkr dan akibat kemaruk kuasa Pas telah mengubah dasar parti yang menjadikan parti itu lebih terbuka. Akibat dari tindakan kedua-dua parti ini, maka ramai orang melayu telah membentuk gagasan orang melayu menolak BN dalam kadar yang  yang agak besar.
Pada pru kali ini, nasib masih menyebelahi BN kerana rakyat Kedah sebulat suara menolak pakatan dan tempias gelombang penolakan ini tidak sampai ke Sabah dan Sarawak. Andai Pas masih mengukukuhkan cengkaman di Kedah, sudah pasti BN tidak mengekalkan putrajaya atau BN hanya berkuasa sementara kerana Anwar amat dikenali sebagai pemancing MP yang hebat.

No comments:

Post a Comment