Saturday, May 11, 2013

parti banyak ragam tapi boleh menang..

memang dia ni pembohong tapi korang sanggup jadi agen fitnah dia.

Aku cuba untuk menerima perjuangan pakatan, namun semakin aku cuba merima semakin aku pening. Yang aku nampak, pelbagai masalah menyelubungi syaf kepimpinan tetapi anehnya penyokong mereka boleh menerima keadaan itu seadanya.
Bagaimana mereka boleh bersepakat kalau perjuangan parti adalah berbeza. Fikirkan, adakah minyak boleh bersatu dengan air..?
BN mempunyai 14 komponen parti, namun masalah dalaman tidak seribut apa yang terjadi di dalam pakatan. Aku mengambil contoh isu menteri besar Selangor. Ok kita terima kerusi itu milik Pkr walau sebenarnya kerusi bukan hak mutlak parti itu.
Dap secara terang telah mempengaruhi Anwar dalam memilih siapa yang layak untuk menerajui Selangor. Jadi adakah keputusan MB Selangor tidak dipengaruhi oleh Dap.? Dan adakah Pkr atau Pas boleh mempengaruhi Dap dalam kerusi KM Penang..?
Jadi, bayangkan kalau Pakatan memerintah Malaysia. Dimana kuasa melayu.?
Sebenarnya bukan isu itu yang aku persoalkan tapi dakyah Anwar yang menyatakan Pru ini tidak sah. Pelik tapi benar, mereka mengangkat sumpah di negeri yang dimenangi tapi mereka menolak pilihanraya yang lepas.
Diberitakan Pas telah membuat majlis kesyukuran di atas kemenangan mereka, tetapi Pkr dan Dap terus memfitnah Spr dan BN. Tak rasa semua ini bodoh, bangang atau apa..? dah takde perkataan yang sesuai untuk semua ini.
Ini semua kerja gila Anwar. Mengaku menang di Permatang Pauh tetapi menuduh pilihanraya tidak sah. Adoi doi doi…. Macam macam perangai la depa ni..

macam mana hendak memerintah kalau sering bertelingkah

No comments:

Post a Comment