Thursday, February 13, 2014

Berusaha lebih baik daripada menadah tangan

Melihat keadaan keluarga seperti ini memang sedih. Kalau aku menjadi ketua negara, aku sendiri tidak mampu untuk menghapuskan kemiskinan tegar.

Tidak ada yang merubah diri kita kecuali diri kita sendiri. Miskin kita boleh bantu, kerajaan juga boleh memberi bantuan untuk memulihkan keyakinan hidupnya. Tapi kalau orang itu hanya berpeluk tubuh, susah juga.

Situasi cerita dan tiada kaitan dengan gambar.

Seorang janda muda seorang anak. Hidupnya susah untuk membesarkan anak. Tidak ada rumah untuk berteduh. Apa langkah yang sepatutnya bagi ibu ini membesarkan anak. Anggap sahaja bantuan RM 300 sebulan.

Sudah pasti bantuan tersebut tidak mencukupi. Kita hanya menuding kepada pusat zakat dan kerajaan tanpa menyalahkan lelaki yang memberi benih kepada  wanita tersebut.

Apa maksud bantuan.
Bantuan bukan untuk menyara sehingga mencukupi, tetapi bantuan adalah pertolongan dalam sesuatu tempoh dan ia hanya berperanan untuk meringankan beban.
Kebiasaanya, mereka yang miskin tegar tidak mahu berusaha memperbaiki diri. Ramai warga asing boleh hidup tanpa dibantu. Mustahil orang kita tidak mampu untuk menambah pendapatan keluarga. Mungkin kerja kilang bukan pilihan yang baik, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu menjadi punca pendapatan.

Lihat persekitaran dalam gambar. Apa yang kita boleh fikirkan. Penyakit berat tulang memang penyakit sukar untuk diubati. Di mana-mana orang mencari pengasuh. Aku sendiri membayar pengasuh RM800 sebulan. Jika rumah seperti ini, memang tidak ada orang nak hantar anak la. Tetapi aku tidak maksudkan orang dalam gambar. Apa yang aku maksudkan, ada sahaja peluang untuk mencari pendapatan kalau kita mencari.

Semua orang mempunyai masalah. Kalau isteri aku tidak bekerja, aku juga menjadi termasuk dalam penerima zakat. Isteri aku pergi bekerja, anak di rumah pengasuh. Faham-faham la di rumah orang, mesti mereka tidak selesa. Tapi dalam hidup perlukan pengorbanan untuk mencari yang terbaik. Terpulang kepada masing-masing jalan mana kita pilih.

Bagi aku, lebih baik berusaha daripada menadah tangan.


Kejayaan Pulau Pinang menjadi negeri pertama bebas dari miskin tegar di Malaysia dengan memastikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dinaikkan daripada RM500 sebulan kepada RM600 sebulan untuk tahun 2012 membuktikan keberkesanan dasar ‘Pro-Poor’ yang dilaksanakan Kerajaan Negeri mulai tahun 2009. Namun demikian, Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membasmi kemiskinan sama sekali.

Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, menurut laporan IKMAS (Institute of Malaysian and International Studies, UKM) pada tahun 2011, garis kemiskinan (Poverty Line Indicator) bagi Semenanjung Malaysia merupakan RM763 sebulan.
“Garis kemiskinan ini merupakan tahap pendapatan yang diperlukan untuk menikmati taraf kehidupan yang paling minima.

“Berdasarkan garis kemiskinan RM763 ini, kadar kemiskinan di Pulau Pinang pada tahun 2007 dan 2009 merupakan 1.4 peratus dan 1.2 peratus masing-masing.

“Dengan (mencukupkan pendapatan isi rumah RM770 sebulan) ini, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama untuk mencapai taraf Miskin Sifar, Rasuah Sifar, Pengangguran

Sifar dan pada suatu hari nanti Hutang Sifar,” tegas beliau yang turut menyatakan bahawa sejumlah RM60 juta disediakan untuk pelaksanaan program-program sosial dan kebajikan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun depan.