Yang beruntung bukan rakyat Selangor, tapi Muhammad Taib. Jerk sikit bakal MB dah dapat jawatan. Kalau dalam kabinet, dia menteri luar bandar. Esok akan ada menteri pengangkutan, menteri perdagangan dan pelbagai lagi menteri untuk memantapkan Selangor.
Inilah politik Malaysia, sepatutnya rakyat menjadi raja tetapi dipermainkan seperti bola. Dalam umno mereka dikecam, tetapi dalam pakatan merekalah pemimpin harapan rakyat.
Hakikatnya, rakyat Selangor sudah memberi mandat kepada pakatan, tidak ada sebab aku tidak setuju. Sebagai pendukung demokrasi, kita perlu terima suara majoriti.
Kalau kerajaan umno bn boros, kerajaan pakatan apa kurangnya. Jika umat Islam merasakan di bawah pakatan Islam lebih terjamin dan bertambah hebat, teruskan perjuangan.
Orang politik bak pelakon, rakyat sebagai penonton. Yang untung orang politik kerana dapat jawatan, dapat kemewahan. Sebagai pelakon dapat apa.?