Cuma.... mungkin kupasan malaysiakini tidak tepat.
Perkataan yang sesuai bagi mengaitkan ialah memperingatkan. Perkataan mengaitkan biasanya digunakan untuk keadaan mempersalahkan.Khutbah juga mengaitkan gejala itu dengan penjajahan pemikiran yang menyebabkan umat Islam terjebak dengan “budaya kebebasan melampau” hingga tergelincir dari sempadan ajaran agama.
Perkataan menyelar juga kurang sesuai. Khutbah Jumaat menggunakan ayat sopan untuk memperingatkan umat Islam. Kutbah jumaat tidak sama dengan ceramah politik. Malaysiakini kalau mahu menyebarkan, sebarkanlah, tapi tolong jangan spin.Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menyelar sikap segelintir muda mudi Islam yang meraikan Hari Kekasih yang disifatkan sebagai permulaan ke arah peningkatan masalah sosial..
Majlis sosial seumpama ini dilihat sebagai satu langkah permulaan ke arah peningkatan gejala sosial seperti penipuan, kecelaruan mental disebabkan alkohol, menggugurkan kandungan dan membuang bayi dan lain-lain gejala negatif yang boleh mengundang kepada bala bencana dan keruntuhan akhlak muda mudi.
Justeru, kepada seluruh umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita memandang ke hadapan dengan berfikiran yang lebih positif untuk membentuk jati diri sebagai umat Islam yang boleh dicontohi oleh seluruh umat manusia sejagat.
Mungkin malaysiakini marah kerana hari kekasih bagi orang kristian tidak disambut meriah. Kebetulan, setiap kali hari keramian mereka, ada bencana.