Saturday, March 1, 2014

Aku bukan blogger

Tak larat nak ulas isu politik. Lagipun, aku tidak pandai menulis macam blogger lain. Aku bukan blogger. Aku menulis hanya untuk melepaskan geram. Itu sahaja.

Ramai orang sembang dengan aku  berselisih pendapat, termasuklah isteri aku.

Layan maharaja lawak tidak perlu fikir. Terima sahaja lawak bodoh itu. Sebab kita nak gelak, enjoy dan rileks. Tetapi topik serius termasuk politik kita perlu pandang dengan skop yang lebih luas. Jangan percaya akhbar, blogger atau gossip seratus peratus. Baca boleh jangan percaya.

Jadikan otak kita macam otak bayi. Span yang boleh menyimpan air. Begitulah otak bayi. Bayi akan melihat dan mendengar tapi tak boleh buat apa2.. Apabila dia dah besar dan boleh bercakap, dia akan cakap apa yang dia pernah dengar dan tengok.

Perkara ringan, Hudud.

Umno tidak mahu melaksanakan hukum Islam. Pakatan mahu.?? seriuskah.? cuba cari satu video mengatakan Pakatan Rakyat mahu melaksanakan Hudud. Kalau tidak ada, cabar Anwar Ibrahim semasa kempen Prk Kajang untuk mengumumkan Pakatan Rakyat bersungguh mahu melaksanakan hudud.

Pernah dengar Anwar Ibrahim mahu melaksanakan Hudud.? Pernah Dap bersetuju mahu melaksanakan Hudud. Tidak pernah kan..

Stop disini. Nanti panjang.

Perkara berat, setandan pisang tidak semestinya busuk.

Ayat ini pandangan Saiful Nang untuk umno. Ini pandangan dia. Dia blogger dan facebooker yang hebat.

Umno rasuah. Pakatan tidak rasuah.? Cer tanya diri. Jika jawapan anda "tak rasuah", anda buta dalam politik. Kalau iyea. barulah fikir lain-lain.

Umno gila jawatan. Pakatan rakyat tidak kah.? PRK Kajang bukankah bukti yang nyata.

Kalau Adun Bangi baik, Adun Tanjung Karang tidak baik kah.? Kalau umno meletakkan kroni, ahli majlis di Selangor orang umno kah.?

Hakikatnya, sebagai rakyat kita perlu faham, itulah politik. Sebagai rakyat kita perlu memilih kerajaan yang memberi khidmat terbaik. Maksud terbaik bergantung kepada apa yang kita fikirkan.

Pakatan rakyat mahu Anwar ditabalkan menjadi perdana menteri, tetapi pakatan selangor tidak mahu dia menjadi menteri besar. Takut dia buat yang tak elok kat Selangor. Lawak atau mengarut.?

Isu air.

Mereka saling menuding jari. Yang mengangkut, yang berjaga, yang sakit dan yang mati sekarang ialah rakyat. So terpulang.

Span aku berkaitan dengan Rosmah dan hobinya. Kebetulan ada blogger dah tulis. Aku sambung sikit je.


Malaysiakini tidak perlu berselindung disebalik suara kebebasan. Portal ini bukan sebarangan portal pembangkang. Mereka mahu merubah Malaysia mengikut kehendak orang cina. Mereka menggunakan melayu pembangkang sebagai askar dan benteng melemahkan kekuatan orang melayu.

Untuk menyerang Najib, Malaysiakini sanggup menyunting satu video berdurasi 0:40 saat. Selebihnya boleh baca disini.

No comments:

Post a Comment