Sunday, March 9, 2014

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 mungkin ada kaitan dengan pengganas

Sepatutnya seorang pemimpin menggesa seluruh rakyat berdoa agar semua penumpang terselamat. Tweet Nizar mempersendakan kesedihan dan kerisauan waris mangsa.
Tak bersimpati ke dengan keluarga mangsa.? Manusia jenis apa jika tidak ada perasaan simpati.?

Spekulasi ini bermain dalam fikiran aku. Juruterbang tidak memberikan sebarang isyarat. Apa maknanya.? Jika berlaku sebarang kerosakan, sudah pasti juruterbang akan memberikan maklumat kepada menara kawalan untuk tindakan lanjut. Jika pesawat dalam keadaan mahu terhempas, pilot akan mengeluarkan isyarat "Mayday.. Mayday".
Kebetulan seperti kejadian Q33NY. (detective conan mampu memecahkan kod ini)
Apa kerosakan luar jangka.

Kemungkinan besar kapal terbang meletup di udara secara tiba-tiba. Teori ini tidak boleh ditolak tepi kerana ada 2 lelaki menggunakan pasport 'anon'.

Dalam reaksi berkaitan, CEO MAS,Ahmad Jauhari Yahya tidak menolak kemungkinan pesawat tersebut ada kaitan dengan keganasan.

Sementara itu, AS telah menghantar beberapa pegawai FBI untuk meneliti rakaman semua penumpang dalam pesawat terbabit.

Kawasan pencarian diperluaskan dalam lingkuan 40 batu. Kawasan yang bertanda pen biru ialah kawasan tumpahan minyak yang dijumpai oleh tentera Vietnam.
Kesedihan mereka bukan  satu drama. Jika kita tidak dapat membantu, berilah mereka kata-kata semangat.
MRSM Taiping membuat solat hajat agar Allah memberi keselamatan penumpang dan krew MH370. Marilah kita berdoa agar Allah memudahkan kerja-kerja menyelamat dan memberi petunjuk dimana pesawat MH370.

Pelik tapi benar. Beberapa kejadian kapal terbang hilang kembali semula setelah beberapa tahun.


No comments:

Post a Comment