Thursday, April 7, 2016

1MDB alasan urus tadbir tidak mencukupi.

Laporan penuh siasatan 1MDB sudah dibentangkan di parlimen. Rumusan PAC, kerugian 1MDB disebabkan oleh urus tadbir yang teruk.

Syarikat strategik pelaburan negara tetapi diuruskan berkonsepkan Pak ManTelo. Bisnes bermodalkan hutang, aliran tunai tidak dikawal akhirnya terbelit dengan faedah yang tinggi.

1MDB tidak mempunyai modal,  tetapi rakus membeli aset beku, kecuali aset penjanaan yang sedikit memberi hasil kepada syarikat. Hasil tidak mampu untuk membayar faedah pinjaman.

Untuk mendapatkan modal dan membayar defisit, sukuk dan bon diterbitkan. Apabila bon mencapai matang, terpaksa meminjam semula. Hutang meningkat faedah juga meningkat. Aset lambat dicairkan, beban hutang semakin kritikal.

Perniagaan dijalankan langsung tidak mengikut asas perniagaan.

Jika bekas ceo dipersalahkan, apa peranan lembaga pengarah dan lembaga penasihat.? Jika ceo membuat keputusan tanpa pengetahuan lembaga pengarah, mengapa Najib selaku menteri kewangan lambat bertindak.?

1MDB membeli ipp dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen ipp bergantung kepada keputusan kerajaan. Siapa ketua kerajaan kalau bukan Najib.

Najib tidak dipersalahkan kerana tidak terlibat secara langsung. Laporan siasatan membuktikan duit 1MDB tidak hilang atau dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Apalah bangang sangat statement ni. Lurus beendul boleh la nak goreng.

Hakikatnya urus tadbir alasan untuk penutup ketirisan. Keculasan dilindungi oleh undang². Yang pasti seseorang akan dijadikan kambing hitam untuk atas apa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment