Wednesday, April 6, 2016

Guan Eng tidak mampu menutup skandal

Rahman Dhahlan membuat pendedahan berkenaan penjualan skandal Taman Manggis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ringkasan pendedahan beliau, empat syarikat yang membuat bidaan adalah sebenarnya dimiliki oleh Datuk Tang Yong Chew.

Beliau dan isterinya adalah pemegang syer terbesar kepada syarikat United Overseas Empire Sdn. Bhd. (UOE), GM HealthCare Sdn. Bhd. (GMHC) dan Ranting Setia Sdn. Bhd.

Datuk Tang Yong Chew adalah bos kepada Phang Li Koon, pemilik banglo yang dibeli oleh Lim Guan Eng. Mereka berdua juga mempunyai rakan kongsi dalam sebuah syarikat lain.

KLIDC membeli tanah tersebut dengan harga RM11,552,208.00. Keraguan timbul apabila KLIDC menjual tanah tersebut melalui penjualan syarikat dengan harga RM70.6 juta walaupun projek asal belum dilaksanakan.

KLIDC mendapat keuntungan bersih tanpa modal sekitar RM59 juta.

Susulan pendedahan Rahman Dhahlan, Lim Guan Eng telah mengadakan sidang akhbar bahawa beliau tidak ada dokumen seperti yang dimiliki oleh Menteri Perumahan. Beliau juga menjelaskan KLIDC masih dimiliki oleh pemilik asal.

Beliau mengibaratkan pendedahan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai, goreng nasi yang sudah basi.

Antara mereka berdua, Rahman Dahlan mengemukakan salinan dokumen penjualan syarikat berbanding dengan Lim Guan Eng yang hanya memberi kenyataan tanpa mengemukan sebarang bukti sahih.

No comments:

Post a Comment