Monday, April 4, 2016

Tudung Fareeda

Untuk mendapatkan rekaan terbaru, peminat tudung Fareeda sanggup beratur seawal 9 malam, tidur bergelimpangan seperti pengemis. Adakalanya mereka mengupah orang bagi mendapatkan tempat.

Ada yang demam atau moddy sepanjang minggu hanya kerana tidak dapat memiliki tudung Fareeda. Penangan eksklusif tudung Fareeda memang tidak masuk akal.

Terbaru menjadi viral apabila peminat tudung Fareeda bergasak untuk memiliki Sweet Love. Netizen mengutuk tindakan pemilik butik kerana tidak menghargai pelanggan.

Kritikan Wardina menjadi perhatian netizen kerana pemilik butik tersebut merendahkan martabat pembeli seperti lembu dan kambing. Bagi penduduk Syeksen 8 Bandar Baru Bangi, ia pemandangan biasa.

Berbeza dengan butik lain, Fareeda akan menghadkan kuantiti pembelian dan kemasukan pelanggan ke dalam butiknya.

Inilah perbezaan diantara tudung berjenama Fareeda dengan kebanjiran tudung² yang berada di pasaran.

Unik.

Fareeda dijenamakan bukan dari personaliti besar seseorang. Jenama diperkukuhkan melalui bilboard besar yang kebiasannya mengiklankan produk luar negara.

Fareeda adalah satu²nya butik tudung yang terawal mengiklankan produknya dengan nilai jutaan ringgit.

Bagi menjaga jenama, pengasas perniagaan tudung ini menekankan had jualan. Beliau berpendapat, jualan yang tidak terkawal boleh merosakkan jenamanya.

Pengurusan penjualan Fareeda sering dikritik, namun Fareeda membuktikan cara tersebut adalah yang terbaik bagi mengekalkan aura produk baru keluaran syarikatnya.

Dikritik.

Walaupun tudung Fareeda mendapat kritikan dan kecaman, peminat Fareeda tidak pernah berkurang malah semakin bertambah. Ia membuktikan jenama ini amat kukuh di pasaran dan kalis dengan kecaman.

Bagi penulis, peminat setianya adalah faktor utama. Kritikan dan kecaman yang dilemparkan bukan oleh pembeli produknya, sebaliknya mereka yang tidak pernah membeli sebarang keluaran produk Fareeda.

Pembeli produk Fareeda amat berpuashati dengan rekaan yang dihasilkan. Setiap rekaan keluarannya dihasilkan mengikut kehendak citarasa pembeli tetapi masih menampilkan ciri² asal Fareeda.

Bagi penulis, jika satu ketika dulu tidak ada butik hanya menjual tudung, Fareeda adalah pengasas kepada jenis perniagaan ini.

Kemampuan Fareeda mengiklankan tudungnya di beberapa billboard jalan utama ke ibukota, ia menarik minat ramai orang untuk menceburi bidang keusahawanan.

Jika dahulu orang melayu tidak mampu menyewa kedai, sekarang bilangan usahawan melayu berstatus jutawan semakin meningkat.

Bagi penulis, jika peminat iphone sanggup beratur panjang, penulis amat bangga dengan apa yang dicapai oleh Fareeda.

::::  Menjadi lembu atau kambing adalah pilihan sendiri. Ada akal gunakan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment