Monday, April 4, 2016

Jangan salahkan rakyat

Najib disabit bersalah tanpa bukti oleh media, Salleh Keruak.

Najib bersalah kerana beliau gagal menimbulkan keraguan terhadap kesnya. Pembaca media (rakyat) perlukan hujah untuk menyangkal dakwaan, bukannya hearsay politik untuk menolak dakwaan.

Rakyat menghakimi atas semua dasar kerajaan, kecekapan kerajaan mengurus, akauntabiliti awam, kesejahteraan, keselamatan, pembangunan mahupun politik.

Sebagai pengasas dan penasihat 1MDB, prestasi syarikat adalah petunjuk utama KPI Najib. Apabila dana awam digunakan bagi tujuan menyelamat, rakyat tidak boleh menerima perkara sebegitu.

Apa yang terjadi pada 1MDB bukan disebabkan kelembapan ekonomi, tapi urus tadbir syarikat yang kurang cekap dan masalah ketirisan.

Ketika rakyat dipaksa untuk menyerap kenaikan kos sara hidup, deretan derma pula mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya. Ditambah dengan siri penyelewangan jabatan kerajaan, rakyat berhak untuk marah dan kecewa.

Sehingga hari ini, kerajaan atau Najib tidak menangkis segala tuduhan yang dikenakan terhadapnya. Hak beliau untuk bershopping RM60 juta, tetapi dimana sumbernya sehingga mampu berbelanja sebanyak itu.

Sehingga hari ini Najib tidak pernah menjawab dengan fakta ke atas semua tuduhan. Jika laporan dari luar negara tidak tepat, mengapa Najib tidak mengambil tindakan undang² bagi membersihkan namanya.

Kredibiliti menteri dan timbalan menteri seperti Salleh Keruak, Tajuddin, Azalina, Ahmad Maslan sering dicemuh dan dijadikan bahan jenaka. Rakyat tidak berminat dengan menteri cium tangan, rakyat mahu menteri yang profosional.

Kerajaan tidak merangka secara holistik isu perumahan. PRIMA bukan penyelesaian yang tuntas. Antara ekonomi dan keperluan rakyat, kerajaan harus menekankan kesejahteraan berbanding keuntungan.

Selepas gst dilaksanakan, apakah kebaikannya dinikmati oleh rakyat.? Hasil kutipan yang tinggi bermakna semakin kurang duit rakyat. Sepatutnya, rakyat mendapat insentif lain bagi mengimbangi kenaikan barang. Sebaliknya kerajaan semakin rakus menghapuskan semua subsidi dan bantuan.

Alasan taraf pendidikan punca utama rakyat tidak mampu menangani kenaikan sara hidup, ia membuktikan kegagalan kerajaan. Pelaksanaan gst wajar ditangguhkan kerana rakyat belum bersedia dengan segala kenaikan harga.

Oleh sebab itu majoriti rakyat menolak kepimpinan Najib. Hanya pemakan dedak bersungguh membela keculasan kerajaan membangunkan negara.

No comments:

Post a Comment