Friday, April 1, 2016

Penjara Kajang memanggil Guan Eng

Lim Guan Eng menyerang Shabudin dengan mendedahkan satu penjualan tanah milik perda. Tanah tersebut dijual di bawah harga pasaran dimana Shabudin pengerusinya.

Sebelum ini Shabudin membawa isu pembelian banglo oleh Guan Eng di parlimen. Lim dituduh membeli banglo tersebut dengan harga di bawah pasaran dengan niat membawa keuntungan kepadanya.

Menjual tanah di bawah harga pasaran bukan satu kesalahan selagi perbuatan tersebut bukan kerana kepentingan peribadi.

Ketua Menteri Pulau Pinang cuba untuk memutarbelit fakta.Isu Taman Manggis bukan kerana harga jualannya tetapi penjualan tersebut didorong oleh pembelian banglo miliknya.

Selaku ketua menteri dan exco tanah, beliau boleh dituduh menyalahgunakuasa seperti yang dilakukan oleh bekas menteri besar Selangor, Dr.Khir Toyo. Ini kerana pemilik asal banglo tersebut adalah rakan kongsi syarikat yang membeli tanah Taman Manggis.

Rasuah boleh terjadi dalam pelbagai rupa.

JKP dan PERDA adalah syarikat perumahan yang dibentuk oleh kerajaan persekutuan untuk membantu bumiputera memiliki rumah di Pulau Pinang. Kedua² syarikat ini sememangnya menjual rumah dengan harga mampu milik.

Jika harga tanah yang dijual oleh PERDA sepertimana Lim mahukan, ia membuktikan ketua menteri tidak berminat dengan projek rumah mampu milik.

No comments:

Post a Comment