Friday, April 8, 2016

1MDB Najib tak boleh cuci tangan

Hasil siasatan PAC mengesahkan tiada kehilangan RM42 bilion seperti yang didakwa. Tiada bukti berlakunya perbuatan jenayah, ia hanya disebabkan oleh strategi peniagaan yang lemah.

Rakyat diminta untuk menerima keputusan siasatan dengan hati yang terbuka. Untuk meredakan kemarahan dan menutup keculasan, kemungkinan siasatan dan pendakwaan terhadap bekas ceo, Datuk Sharol Azral Ibrahim.

Idea 1MDB adalah cetusan Najib, beliau pasti mempunyai model perniagaan yang mahu diterapkan. Jika struktur kewangan menjadi beban dan punca kepada segala permasalahan, beliau harus dipersalahkan.

Bermodalkan RM1 juta, Najib mahu 1MDB menjadi gergasi pelaburan. 1MDB dianugerahkan tanah startegik untuk dimajukan. Apa jua berkaitan dengan penjanaan tenaga, lesen dikeluarkan oleh suruhjaya tenaga, tetapi ia perlu mendapat kelulusan daripada perdana menteri.

Najib selaku pengasas, penasihat, menteri kewangan dan perdana menteri secara tidak langsung terbabit dengan skandal kerugian 1MDB.

Model perniagaan yang diterapkan oleh 1MDB adalah cadangan perunding luar, bukan epu. Menjadi pengetahuan umum, Jho Low bersama Najib adalah orang yang bertanggungjawab dalam menstruktur pelan kewangan dan pelaburan 1MDB.

Orang yang membuat hutang adalah ceo, tetapi ceo harus memaklumkan kepada lembaga pengarah. Jika tidak mendapat kelulusan daripada lembaga pengarah, Najib selaku menteri kewangan (empunya syarikat) perlu mengambil tindakan.

Jika terdapat keputusan yang meragukan, sudah pasti ceo dipanggil untuk memberi penjelasan. Tetapi  ia tidak berlaku. Sebaliknya semua kritikan 1MDB dibidas oleh Najib, PAC dan para menteri. Ini membuktikan kerajaan bersetuju dengan model kewangan yang dipraktikan oleh 1MDB.

Syarikat yang hutangnya berbilion dan dijamin oleh kerajaan tidak mempraktikan corporate governence. Jika bukan ada tangan ghaib, sudah pasti epu sudah mengambil tindakan awal.

Siapa bos besar kepada epu? Dibawah Najib, unit peracang ekonomi hanya mengecop dan mengiyakan apa yang bos mahukan. Najib lebih suka menggunakan khidmat perunding luar sedangkan kerajaan mempunyai orang yang jauh berpengalaman membangunkan ekonomi negara.

Kenapa Najib tidak boleh dipersalahkan sedangkan beliau adalah menteri kewangan (pemilik) dan beliau melibatkan diri secara langsung di dalam syarikat pengurusan syarikat, iaitu pengerusi lembaga penasihat.

Kenapa harus seorang perdana menteri mengetuai satu syarikat glc secara langsung.?

No comments:

Post a Comment