Friday, April 8, 2016

Perkara yang betul, Bubarkan 1MDB, Najib Letak Jawatan

Pada jawapan bertulis dewan rakyat, Najib selaku menteri kewangan memberitahu kerajaan tidak berhasat membubarkan 1MDB.

Walaupun pada asasnya Erda Energy sudah dijual, Najib masih mengemukakan hasrat 1MDB mahu menjadi pengeluar tenaga bebas di asia tenggara dan lima buah negara asia.

Jawapan yang diberikan tidak selari dengan realiti prestasi syarikat. Ia sikap tidak bertanggungjawab kerajaan dalam menjawab pertanyaan dewan rakyat.

Kredibiliti

Pembelian dan penjualan aset Erda bercirikan penggubalan wang haram. Tetapi ia dilakukan atas pelan rasionalisasi syarikat, tindakan penjualan tidak boleh dipertikaikan.

Ia sama seperti isu penjualan Taman Manggis, aktiviti beli dan jual bagi mendapatkan keuntungan tanpa membuat tujuan asal.

1MDB membawa nama negara secara langsung. Kegagalan 1MDB mengurus telah mencemarkan nama baik negara yang selama ini dipandang tinggi oleh dunia.

Dibawah pentadbiran Najib, negara dilabel sebagai negara rasuah dan penuh skandal.

Dana rakyat
Anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Plenitude Mentari Sdn Bhd, telah membayar semula sepenuhnya jumlah pokok dan faedah ke atas kemudahan kredit tersedia RM950 juta, yang disediakan oleh pemegang sahamnya, Kerajaan Malaysia.
 “Kemudahan kredit tersedia itu membantu menstabilkan syarikat pada ketika itu yang berhadapan serangan bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, dan tidak mempunyai pilihan pembiayaan lain.
Dana negara digunakan dengan aktiviti membayar kerugian. Sudahlah harta tergadai, hutang masih lagi tidak selesai.

Bubar 1MDB

Antara cadangan PAC ialah menyerahkan anak syarikat dan asetnya kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Ia akan membawa maksud 1MDB akan menjadi dorman ( tidak aktif).

Dalam bahasa sopan, PAC menyarankan agar 1MDB dibubarkan kerana operasi syarikat sebenarnya telah gagal sepenuhnya.

Perkara betul dilakukan ialah dengan perdana menteri meletak jawatan agar pihak berkuasa menyiasat tanpa sebarang tekanan.

Skandal 1MDB adalah trajedi negara.

No comments:

Post a Comment