Sunday, November 19, 2017

M40 mereka bukan bodoh

Ekonomi negara berkembang melebihi jangkaan tapi kenapa ramai peniaga struggle mencari untung. Lebih parah ada yang gulung tikar akibat tekanan ringgit.

Sepatutnya kembang ekonomi makin kembang poket rakyat, yang terjadi rakyat semakin hilang kemampuan berbelanja.

Jika data tidak menipu, siapa yang menipu?

Najib mengumumkan kdnk terbaik di dunia, tetapi semakin ramai mencemuh Najib. Rakyat menolak umno bukan kerana propaganda tetapi fakta menunjukkan kerajaan gagal mentadbir.

Selaku timbalan menteri kewangan, Datuk Johari tidak mampu menjawab apa maanfaat golongan M40 dalam pembentangan budget.

Ketika ini M40 terhimpit dengan struktur cukai dan polisi bantuan rakyat oleh kerajaan. Maka tidak hairanlah mereka memberontak kerajaan pimpinan umno.

M40 bukan bodoh. Majoriti mereka adalah lulusan universiti. Sebab itu jika ada jawapaan tidak realistik daripada pemimpin mereka akan balun maksimum.

Sekarang ini penolakan pimpinan najib semakin ketara. Semoga penolakkan ini akan bertambah sehingga pilihanraya. 

No comments:

Post a Comment