Saturday, February 24, 2018

Bantuan dah sampai, tanda pru akan muncul

Segenap ceruk orang menolak Najib, tapi bila Najib tweet BR1M dah masuk undi umno akan bertambah.

Program pilihanraya, BN akan buka booth jual ikan murah. Rakyat akan lupa siapa yang menaikkan harga ikan. Walhal, jika kerajaan dipimpin dengan baik rakyat tidak perlu menjadi pengemis.

Mentaliti rakyat dunia ketiga, mudah dimanipulasi.

Elaun SL1M dinaikkan, bukan rasuah pilihanraya tetapi kerajaan prihatin dengan kesengsaraan rakyat. Walaupun mereka graduan mereka juga boleh dibeli.

Cash Is King.

Pelancaran ADAM50.

Memang benar kerajaan memberikan subsidi dalam bidang kesihatan dan pendidikan. Tetapi realitinya Najib perdana menteri yang banyak memotong subsidi. Budget pindidikan semakin lama semakin kecil.

BN atau PH mempunyai kelemahan.

Jika mahu negara ini terus makmur, rakyat tiada pilihan selain menolak Najib Razak. Jika Umno kalah, Najib masih makan quinoa. Sebaliknya jika Najb terus memerintah, lambat laun graduan juga menjadi pengemis.

Ekonomi kita terbaik dalam dunia. Itu yang dilaporkan oleh kuncu perdana menteri. Apabila kesatuan sekerja mohon untuk pelarasan gaji, pihak pengurusan mengatakan ekonomi tidak stabil.

Mengundurkan Najib bukan sekadar membakar kelambu, tetapi umpama kita membakar rumah. Kedengaran teruk, tapi apakan daya. Lebih baik membakar rumah daripada membakar negara.

Jangan salahkan orang melayu, ini pilihan pemimpin umno. Kerana tembolok sendiri tidak pernah kenyang, mereka sanggup biarkan perut rakyat kelaparan.

No comments:

Post a Comment