Saturday, July 20, 2019

Azmin pasti akan dikorbankan

Polis mengesahkan video semburitan di Fourpoints tulen tetapi pihaknya tidak dapat mengesahkan pelakon dalam video tersebut. Lalu siasatan polis hanya menjurus kepada dalang merakam dan menyebarkan.

Pihak polis tidak dapat mengesahkan pelakon, ironinya KPN mendedahkan pihak yang berkompot diupah ratusan ribu dan didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik.

Nampaknya pihak berkuasa seperti Tok Dalang sedang bermain wayang kulit.


Menurut KPN video tersebut bertujuan untuk membangkitkan kegusaran masyarakat. Jika dinilai sudut berita, memang benar video semburitan menjadi trending berita untuk beberapa minggu.

Oleh kerana dalang wayang fourpoints merupakan pucuk pimpian parti, kisah ini akan berepisod seperti drama sinertron.

Jika nama Azmin tidak ada dalam senarai menteri dirombak, harapan untuk parlimen dibubarkan lebih awal mungkin menjadi kenyataan.

Anwar sudah lama menjadi pm menunggu. Dia tahu anunya masih gagah, tapi apa sahaja boleh berlaku pada dirinya kerana usianya menghampiri tarikh luput. Kalau Tun tidak punya masa, Anwar juga begitu.

Apabila Tun berhelah dengan janji, jin peliharaan akan makan tuan. Jerat dipasang kerana pelandok memang suka melupakan jerat. Nah, bila jerat mengena pelandok tersipu² malu.

MP Port Dickson tidak peduli. Dia bukan mahu nasihat dari situa, tapi mahu Azmin tinggalkan pejabat. Jika Tun masih berkeras, padahnya kapal akan pecah.

Dengan ketiadaan Azmin di pembukaan permukiman, pembangkang boleh bersiapsiaga. Jika tidak ada pembubaran, mungkin Anwar boleh menawarkan sesuatu yang istimewa.

Selepas pru14 banyak sejarah negara tercipta. Jika umur 18 tahun sudah boleh mengundi, tidak mustahil kerajaan campuran pimpinan Anwar Ibrahim akan menguasai kerusi.

Jika dendam Anwar tidak padam, masakan Najib tidak berdendam.?

Serangan Tun kepada umno semakin kendur. Kesana sini umno masih dikelilingi orang melayu. Mujur umno tidak diharamkan. Jika tidak, kalau bukan minggu depan bulan depan Tun sendiri akan hilang jawatan.

PH dalam kedudukan yang tidak stabil. Tun hanya bernasib baik kerana umno masih sayangkan dia, masih mengenang jasanya. Jika tidak apa akan jadi apabila 83 kerusi pembangkang akan berkalih kepada Anwar?

Jika cukup kerusi, apa la sangat meninggalkan DAP jika itu yang dipinta oleh Pas dan Umno. Jadi tidak mustahil kerajaan sepenggal menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment