Monday, July 22, 2019

Remaja penentu kemenangan PRU 15

Siapa yang mengenali Tun M mereka akan faham, orang tua ini amat tidak selesa dengan PH. Walaupun begitu tidak ada seorang pun yang tahu apa tujuan beliau kembali dalam politik.

Walaupun Mukhriz semakin ke depan, dia tahu potensi anaknya. Jika dia mahu mengkhianati orang melayu, Abu Bakar Yahya antara orang kepercayaan beliau. SU ini adalah bekas ketua Perkasa Selangor dimana semua maklum perkasa amat sinonim dengan melayu.

Apapun tindakan Tun M, 60% orang melayu sudah dibawah satu gagasan. Jika kawasan bermajoritikan melayu, hampir pasti kerusi itu akan dimiliki oleh umno atau pas. Bagi melengkapkan piagam melayu, gagasan ini disertai oleh ngo² melayu. Ini jaminan yang diberikan oleh Timbalan Presiden Pas.

Dengan kejayaan Bersatu dan Amanah menjadi kerajaan, sepatutnya keahlian parti ini naik mendadak, tetapi ia tidak terjadi. Keadaan ini memungkinkan gabungan Pas dan umno akan mengungguli kerusi melayu seperti parlimen Parit Buntar dan Pokok Sena.

Walaupun kerajaan menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, belum ada pihak yang berani menyatakan golongan ini bersama mereka. Tetapi golongan pengundi yang selama ini tidak menjadi pengundi, mereka sebenarnya adalah pengundi kelabu dan mereka tidak teragak² untuk mengundi gabungan Pas dan umno jika PH berterusan bertelagah.

Kajian beberapa pihak sokongan kerajaan kini hanya sekitar 40%. Jika kajian ini benar, maka pas dan umno boleh menjadi kerajaan jika mereka berjaya bersepakat dalam membahagikan kerusi.

PH diramal akan kehilangan Kedah dan Perak disamping Negeri Sembilan dan Melaka akan dirampas jika umno diterima semula di beberapa kerusi melayu. Selangor dan Pulau Pinang akan kekal milik PH kerana polarisi kaum berbilang di kebanyakan kerusi.

Walaupun majoriti kerusi PH Johor agak besar untuk dirampas oleh pas umno, tidak mustahil sesuatu berlaku jika mengambil kira kerusi tepu milik DAP. Sentimen kemenangan pru14 oleh PH akan berbalik kepada gabungan pembangkang atas kegagalan mereka menunaikan manifesto.

Walaupun kerajaan Sarawak mengumumkan mereka mesra PH, tetapi kelibat mereka dilihat lebih mesra dengan pentadbiran BN. Sejauh mana penerimaan rakyat Sarawak kepada PH bergantung dengan keputusan PRN Sarawak yang dijangka diadakan pada tahun depan atau selewat² awal tahun 2021.

Secara keseluruhannya, walaupun sebelum ini pemimpin PH yakin mereka mampu mengekalkan kuasa dalam pru akan datang, realiti politik dibawah tidak menggambarkan keyakinan itu. Malah jika dinilai dengan dapatan undi pru yang lalu, ramai pemimpin PH akan kehilangan kerusi terutama parti Amanah.

No comments:

Post a Comment