Friday, November 4, 2022

Zahid tidak petah tapi dia presiden yang berani

Esok hari penamaan calon bagi pru15. Umno sudah menyenaraikan dikebanyakan kerusi kecuali Tanjong Karang. Sementara kerusi Tumpat dan Kuala Nerus umno memberi laluan kepada bekas MP dari Pas.

Kecuali Hishamuddin, Kj dan Mahdzir Khalid semua MP bukan dari kem presiden Zahid tidak memberi watikah pencalonan termasuklah Shahidan Kasim. Anuar Musa kekal tenang, setanding reputasinya sebagai ahli parlimen yang paling senior.

Dalam kebanyakan penyokong Muhyiddin atau Ismail Sabri,  Hishamuddin kompeten menjadi menteri tetapi dia ini bukanlah seorang pejuang. Selepas umno kalah dalam pru14 beliau mengundurkan diri dari jawatan politik. Namanya kembali disebut kerana dia dikatakan utusan dari Mahathir untuk meruntuhkan umno. Mungkin dia tidak mahu turun naik makamah malah akan menjadi menteri semula jika dia berjaya membawa MP umno melompat. 

Apa yang dapat dipelajari dari pengalaman pru14?

Ada yang kata negara sudah diperintah dengan cina, melayu tergugat, harta dijual atau apa sahaja kekalutan yang berlaku adalah kerana PH.

Ye bagi aku masalah atau kelemahan kerajaan adalah kerana PH. Ini tidak boleh ditolak kerana pru yang lalu Bersatu dan kem Azmin adalah dari PH. Jika aku sebagai seorang hakim mengekalkan kuasa antara tugas seorang pentadbir kerajaan.

Kali ini manifesto PH lebih realistik tetapi apabila PH tidaak berani menawarkan harga minyak $1.50 seliter membuktikan apa yang dikatakan oleh Anwar sebelum ini adalah satu pembohongan. Bab lain termasuk ekonomi aku tidak sentuh. Sekalipun jika kita malas membac, memadai kita rasional dalam membuat penilaian, kita akan menemui jawapan.

Contoh, kerosakan ekonomi adalah kerana kelemahan PH dan pemimpin yang dipilih pada pru yang lepas. Ketika ini ekonomi dunia merundum tapi ekonomi kita tumbuh positif. Malah bank dunia meramalkan tahun depan Malaysia anatara 5 negara Asean yang mampu mengekalkan prestasinya.

Sebelum ini pertumbuhan Indonesia dibelakang kita, tapi bila PH atau bekas pemimpin PH memerintah Indonesia mendepani kita. Merundum dikala ekonomi dunia baik, fakta ini tidak boleh disangkal.

Undi ditangan anda, parti anda adalah pilihan anda. Dulu kutuk Shahidan Kasim sekarang dia menjadi wakil parti bulan.

1 comment: