Sunday, January 19, 2014

1Malaysia Konsep Perpaduan

Demo menyatakan sokongan kepada Najib selaku perdana menteri. Demo ini dibuat untuk mengutuk tindakan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang bertindak seperti kebudak-budakan.

Hanya melayu Penang yang merasai penindasan Dap tetapi ada juga macai-macai melayu yang terus tidak berbelah bagi memberi sokongan kepada tokong Dap.

Lepas ini Reezal Merican akan mendapat tempat dalam pentadbiran Najib.
Walaupun umno mempunyai keahlian mencecah 3 juta orang, program umno biasanya kurang mendapat sambutan. Cara politik umno masih tidak berubah walau zaman sudah berubah. Untuk umno terus mendapat sokongan, mereka perlu mengubah pendekatan. Jangan keluarkan kenyataan bodoh. Subsidi gula ditarik kerana ramai rakyat menghidap diabetes. Nampak sangat kenyataan mangkuk hayun. Rakyat boleh terima jika sms kita lebih mahal dari gula. Bukankah kenyataan seperti ini lebih matang.?



Najib tidak pernah menjelaskan maksud 1Malaysia. Mungkin BTN juga masih teraba-raba apa maksud 1Malaysia. BTN ini masih wujudkah.?



Ini cara pemimpin pembangkang. Untuk menutup kelemahan, saman dijadikan senjata ampuh. Berbeza dengan umno, semua saman yang difailkan diselesaikan diluar makamah. Terbaru, blogger mymassa akan berdepan dengan tindakan saman oleh Fauziah.
Selepas banjir surut, bukan MP Kuantan sahaja yang bercuti ke luar negara, semua pemimpin pembangkang mengadakan lawatan ke luar negara. Yang mendapat dosa Mad Said kerana menemani Sultan ke Antartika.
Kerajaan memperuntukan 90 juta ringgit untuk mangsa banjir, tetapi kerana tajuk semua berita "mangsa banjir mendapat RM5000", rakyat memejamkan mata. Kenapa angka 90 juta itu tidak diboldkan.?

No comments:

Post a Comment