Sunday, January 19, 2014

Sampah bertimbun lagi

Satu ketika dulu, Selangor begitu berbangga mengumumkan penamatan kontrak Alam Flora sebagai kontraktor menguruskan sampah di Selangor. Ekoran daripada penamatan kontrak, kerajaan negeri telah membeli 50 lori buatan China bagi membantu 12 PBT di Selangor. Kerajaan negeri berjanji akan menambah bilangan lori tersebut pada masa hadapan.


Janji sekadar janji. Lori yang dikatakan mampu memungut sampah di Selangor tidak kelihatan sehingga masalah sampah di Selangor begitu meruncing. Dari pemerhatian aku, sekarang kutipan sampah di Selangor seperti tidak berjadual. Banyak sampah berlonggok tidak dikutip.

Apa gunanya banyak duit jika kebajikan rakyat tidak dijaga. Kerajaan Selangor mendapatkan duit simpanan bukan dari aktiviti ekonomi, tetapi dengan langkah penjimatan. Amalan berjimat memang baik tetapi jika peruntukan penyelenggaraan dipotong, sudah pasti kualiti hidup tidak berapa sempurna.

Apapun terpulanglah. Orang Selangor amat menyayangi menteri besar. Mereka tidak kisah pun jika sampah bertimbun, asalkan kerajaan negeri banyak duit. Kalau dulu Langat 2 adalah propaganda umno, sekarang mereka menyerahkan isu air kepada kerajaan pusat. Taktik yang digunakan memang amat licik. Mereka tahu kerajaan pusat amat terdesak dalam hal ini. Dan akhirnya, isu air di Selangor ditanggung oleh kerajaan umno.

No comments:

Post a Comment