Monday, January 27, 2014

Lebuh raya rakyat disaman

Hari ini Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. (DHI) memfailkan saman menuntut ganti rugi RM225 juta terhadap dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan,  Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Mengikut plan projek, lebuh raya rakyat merupakan lebuh raya tanpa tol yang menghubungkan Kota Baharu-Kuala Krai. Dana projek diperolehi daripada rakyat dan selebihnya diperolehi hasil daripada penebangan balak. Tetapi apabila menteri besar bertukar tangan, projek ini tidak mengikut rancangan asal.

Pendapat aku, 1.8 billion terlalu besar bagi sebuah negeri melaksanakan projek. Ia sepatutnya dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak swasta. Oleh kerana lebuh raya tersebut dibuat tanpa tol, isu dana sudah pasti menjadi mimpi ngeri.

Kalau aku menjadi menteri besar, aku tidak melaksanakan projek seperti ini. RM1.8 billion mampu memacu ekonomi negeri. Bayangkan jika lebuhraya ini dibuat oleh sektor swasta (tol ) dan RM1.8 billion dijadikan dana untuk membangunkan projek bandar baru. Bukankah pelaburan itu lebih menguntungkan.

Cuba check balik, berapa jumlah bajet dan pendapatan negeri. Negeri Kelantan besar, tetapi kerajaan negeri hanya mampu memperuntukan RM21 juta bagi menyelanggara jalan dan jambatan seluruh Kelantan.

Rasional ke nak buat lebuh raya rakyat.?

No comments:

Post a Comment