Dalam reaksi terbaru Nik Aziz menukar pendapat, non muslim tidak boleh menggunakan kalimah Allah. Satu ketika dulu, walaupun Majlis Ulama Syura Pas sependapat dengan makamah tinggi, bekas menteri besar ini berpendirian, kalimah Allah adalah hak semua orang.
Sekarang ramai penyokong pembangkang bermatian-matian menghalalkan agar kalimah ini digunakan oleh kafir. Arwah Ustaz Harun Taib dan Haron Din jahil agama kah.? Dan sekarang Nik Aziz pun tergolong dalam orang yang jahil.?
Dalam terbitan terbaru harakah, pakatan mendesak umno untuk duduk bersama membincangkan soal perpaduan. Ada agenda tersirat oleh Lim Kit Siang. Mustahil apek tua ini jujur untuk menyatupadukan rakyat.
Mereka mahu menjerat umno untuk menghalalkan kehendak mereka. Sebagai contoh isu penjualan babi secara terbuka. Mereka mahu umno tunduk yang kunonnya mampu menyelesaikan pertinglikahan kaum. Mungkin mereka mahu lebih dari itu. Untuk mengukuhkan lagi perpaduan, mereka mahu pengiklanan minuman haram dibenarkan oleh kerajaan. Ini permainan politik mereka.
Dalam kalimah Allah penyokong pembangkang menyalahkan kerajaan. Mereka mendakwa kerajaan sengaja mengsensasikan isu ini walau yang sebenarnya ia bukan isu besar. Mereka mendakwa kalimah Allah sudah ditulis sejak zaman mahathir lagi. Walaupun mereka tahu, kerajaan Mahathir merampas bible tersebut, tetapi kerana politik, mereka sengaja membutakan hati. Siapa yang salah, umno juga yang salah.
Tidak dinafikan umno memang salah, sebab bagi muka kepada mereka. Najib wajib disingkirkan sebelum perkara lebih buruk terjadi.
No comments:
Post a Comment