Tuesday, January 28, 2014

Sindrom nafi sudah sebati dengan pakatan

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya pemilihan beliau sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, dakwaan bahawa beliau ke arah menggantikan kerusi Menteri Besar yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid itu hanya spekulasi.

"Itu hanya spekulasi, sekarang kita tumpukan kepada pilihanraya kecil yang akan datang.

"Tan Sri Khalid teruskan kerja dia sebagai Menteri Besar," jelas beliau pada sidang media hari ini.

Ketika ditanya bahawa timbul persepsi negatif sebahagian rakyat terhadap perletakaan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh kemudian disusuli pula pengumuman beliau bertanding, Anwar berkata keputusan itu perlu dilihat ke arah menambah baik perkhidmatan untuk rakyat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Sebelum ini Anwar dan Khalid Ibrahim menafikan pengosongkan dun Kajang. Sebelum ini juga mereka menafikan MPP PKR membuat keputusan agar Khalid Ibrahim berundur. Sebelum ini juga Khalid Ibrahim menafikan beliau memecat Azmin dari PKNS. Sindrom penafian memang sudah sebati dengan mereka. "mirip saya tetapi bukan saya.".

Kalau Anwar tidak menjadi menteri besar, apakah jadahnya dun kajang dikosongkan ditandingi oleh beliau.? Mereka bukan pandai menipu, kita sendiri yang mahu ditipu oleh mereka.

Pas Selangor mengigau agaknya.
KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengikuti perkembangan politik di negeri itu secara langsung dan berhati-hati, kata Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman (gambar).

Katanya, PAS Selangor menganggap isu kekosongan kerusi Dun Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan Menteri Besar (MB) Selangor pada waktu ini.

Jelasnya, apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur.

“Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Namun, kata beliau sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai.

“Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita,” katanya yang juga Adun Paya Jaras.
"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.

No comments:

Post a Comment