Tuesday, February 4, 2014

Adun Hutan Melintang keluar parti

Angin takde tiba-tiba Adun Hutan Melintang hantar notis keluar parti. Baru nak berkempen, parti bang non dilanda ribut. Masalah pkr tak pernah selesai. Di Selangor berebut jawatan, di Perak hilang kepercayaan, di Sabah, Parti Keadilan hampir dibubarkan.

Esok akan keluar kenyataan, ini semua politik umno.
Update.!!!

S. Kesavan menafikan beliau ada menghantar pengisytiharan keluar parti kepada speaker dewan.  Handal mereka buat fitnah... kang kena sambar petir baru ang tau...
IPOH 4 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S. Kesavan menafikan telah menghantar surat pengisytiharan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri S.K. Devamany.

Beliau yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, surat tersebut yang tersebar meluas dilaman sosial adalah palsu dan beliau tidak pernah menghantar surat seumpama itu. - UTUSAN ONLINE

Assalamualaikum dan salam hormat,

KEADILAN telah menerima berita yang kononnya YB Kesavan A/L Subramaniam, ADUN Hutan Melintang, telah menghantar surat yang mengisytiharkan beliau keluar KEADILAN.

Setelah mendapat penjelasan daripada YB Kesavan, KEADILAN mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti. YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut.

Sekian, terima kasih.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

AgendaDaily.
Haru sungguh cerita dalam kelambu PKR ini... macam-macam hal... perkembangan terkini dari Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dakwa surat ADUN Hutan Melintang keluar parti itu PALSU.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, pihaknya maklum mengenai surat tersebut tetapi setelah mendapat penjelasan daripada ADUN mereka Kesavan A/L Subramaniam.
"PKR mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menghantar surat tersebut dan tidak keluar parti. YB Kesavan juga dinasihatkan agar membuat laporan polis berkenaan surat palsu tersebut,"ujar beliau.
Bagaimanapun, ada kejadian yang menarik di sidang media Presiden MUIP Datuk S Nallakaruppan di Kuala Lumpur tadi berkaitan dengan kes YB PKR ini.
Sidang media itu dijadualkan lebih awal berkaitan dengan PKR DUN Kajang.
Wartawan yang memberitahu Nalla bahawa Kasevan keluar parti, menyebabkan Nalla 'melompat' dan buat panggilan telefon kepada YB PKR tersebut.
Nalla pernah menjadi naib presiden PKR 'sekejab' sebelum keluar parti tahun 2007.
Kata Nalla selepas berjaya menghubungi YB itu, Kasevan tidak keluar PKR...
Tapi kemudian menambah bahawa Kasevan semalam (Isnin) ada menghubunginya untuk bertemu. Beliau kata okay... tapi jam lima petang ini...
Jeng jeng jeng... apa cerita ini sebenarnya... drama apa pulak PKR buat... tak sudah-sudah...
Nantikan perkembangan lanjut dari empunya badan.-4/2/2014

No comments:

Post a Comment