Sunday, May 17, 2009

kerja tikus

hurmmm.... baru 3 minggu tak balik kg. Ada jalan baru di celah2 pokok. Ada perubahan. Padang futsat pun dah siap. Dari jauh cantik tapi macam ada yang tak kena je. Rege kontrak dalam 150K tapi kalau estimate aku sebenarnya dalam lingkungan 80K sahaja.

Nak wat camne. Tender kerajaan memang la mahal. Pen singgit jadi 2hinggit. Salah satu kenapa mahal sebab kerajaan lambat bayar. Dulu kata 2 minggu siap projek terus bayar. Betul ke..? mungkin kot kalau ada org dalam yang mempercepatkan pembayaran.

Sebenarnya apa yang aku terkilan ialah, prestasi pegawai pelaksana dalam kerajaan. Pelebaran jalan dibuat tapi apa yang dibuat carca merba. Kerja macam tikus. Asal letak tar.... nampak turap warna hitam.... projek lulus. Itukah yang ada dalam spec tender...?

Bagi aku, kalau kerajaan tak cukup budget, buat la peringkat2. Biar siap lambat asal sempurna. Ini kalau siap menyakitkan mata apakah ertinya. Perkara camni nampak remeh tapi sebenarnya ia melambang kecekapan kerajaan. Pada pegawai pelaksana cubalah untuk berubah sikap.

Jangan bila kerja dengan kerajaan, kualiti kerja macam orang buat kicap. Aku rasa kilang buat kicap pun ada ISO. Kakitangan awam asyik fikir nak naik gaji, tapi kualiti kerja..... hurmmm....

/me kerja macam tikus tapi tuntut gaji macam ceo.

2 comments:

  1. aduhh asikk layan blog jo.....
    tuu bos ko dah suruh present.....
    buatt tuu lg baguss,,,

    ReplyDelete
  2. amboi sedapnya ngata org gomen..x semuanya cam tue..den nih ha,pantau projek btl2 tau..Kalau x betul den tak bayar tau.den suruh korek balik

    ReplyDelete