Sunday, September 13, 2009

bantu

Tak nampak cina tu buat apa. Kelihatan dia sedang menguasahakan sesuatu. Yahama Y80 yang buruk itu aku menandakan taraf ekonominya yang rendah dan memerlukan bantuan.

Melihat situasi itu aku jadi sedih. Walau dia cina, sepatutnya kerajaan melalui apa saluran sekalipun dia perlu dibantu. Mengapa aku katakan dia harus dibantu. Walau dia miskin tapi aku kagum dengan usahanya.

Jam 3 pagi dia bersengkang mata mencari rezeki yang aku kira hasilnya tidak seberapa. Dia tidak duduk berharap rezeki datang bergolek. Dia tidak termanggu didepan pintu menanti jabatan kerajaan datang membawa subsidi. Tua bukan dijadikan alasan untuk dia mencari sesuap nasi. Huh… aku amat simpati pada mereka yang seperti ini.

Topik Bantu yang menjadikan aku geram dengan segelintir sikap masyarakat. Mereka suka menadah daripada beruasaha. Bantu inilah yang dijadikan topik pembangkang tempat aku. Mereka mudah menuding kerajaan tidak membantu rakyat.

Rata2 orang yang perlu dibantu ialah ibubapa yang dipinggirkan anak2. Yang aku kecewakan mereka ini sepatutnya mempunyai hasil tanah untuk menampung hidup. Tapi kerana sikap anak2 yang tidak bertanggujawab, tanah diambil ibubapa diabai. Alasan anak2 sudah mempunyai tanggungjawab lalu ibubapa ini terbiar menjadi isu politik.

Andai ini dijadikan ukuran, adik aku juga perlu dibantu. Adik aku kategori yatim piatu. Andai terbiar, adik aku mesti dalam senarai pengemis jalanan. Menadah tangan di bulan Ramadhan untuk dia belajar. Tapi adik beradik aku tidak membiarkan ia terjadi. Adik aku ialah amanah arwah ibubapa aku. Aku mesti menjaga sebaiknya walaupun poket ini kosong.

Kecil ditimang bila besar menyusahkan mak ayah. Susahkah kita menjaga ibubapa kita..? Lupakah kita hidup ini seperti putaran roda. Yang muda pasti tua. Andai anak kita melakukan sedemikian rupa, adakah kita baru tersedar bahawa itulah balasan untuk kita yang telah mengabaikan tanggujawab sebagai anak.

Sama seperti bantuan kerajaan yang lain. Seringkali menadah tangan memohon subsidi sedangkan kita tidak pernah berusaha ke arah kejayaan. Bantuan diberi sebagai tongkat, rupa2nya tongkat dijual untuk bahagia sementara.

/me tak guna ada anak kalau sekadar menyusahkan.

No comments:

Post a Comment