Wednesday, September 2, 2009

dunia ini untuk semua

Aku bertanya pada diri aku, ramainya yang nak jadi rakyat Malaysia. Kerajaan sedang menimbang permohonan 33,000 warga asing untuk menandapatkan status kerayatan. Negara yang dikatakan mundur dikalangan pembangkang tetapi mendapat perhatian warga asing untuk menjadi penduduk bumi Malaysia.

Bukan susah dari mana datangnya mereka ini. Mereka ini semua ada disekeliling kita. Mungkin salah seorang dari mereka sudah menjadi keluarga kita. Fenomena orang tempatan berkahwin dengan orang asing bukan baru. Di semua pelusuk negara perkara seumpama ini sudah sebati.

Suka atau tidak kita terpaksa menerima keadaan ini. Semua orang ada kemahuan dan semua orang sudah ada takdir hidup sendiri. Siapa kita untuk melawan jodoh pertemuan.

Adakah keadaan ini memberik implakasi yang buruk..?

Aku bukan apa, cuma memikirkan begitu mudahnya orang asing diberi kerakyatan sedangkan mereka tidak kenal Rukun Negara dan tidak tahu pun menyanyikan lagu Negaraku. Sebab sekali mereka memperoleh kerakyatan, segala kemudahan kepada rakyat mereka turut menikmatinya. Mesintaip.

Adakah mereka ini ada jati diri.? Aku yakin, kebanyakan daripada mereka ini hanya mahukan kenikmatan hidup yang selesa di negara ini. Keyakinan aku, mereka yang memohon warganegara ini adalah kerana mereka beralasan berkahwin dengan orang tempatan sedangkan kalau boleh aku mahukan yang memberikan keuntungan kepada negara.

Bayangkan kebanyakan negara maju begitu liat untuk memberikan taraf warganegara kepada orang asing melainkan mereka benar-benar boleh memberi keuntungan kepada negara terbabit.

Aku tidak pasti, adakah kita begitu mudah untuk mendapatkan kerayatan negara lain dengan hanya perkhawinan.? Setahu aku, rata2 orang Malaysia yang mendapat kerakyatan seperti British atau Amerika adalah golongan profosional seperti saintis atau pereka fesyen yang sudah ada nama.

Jarang sekali aku dengar tukang cuci dari Malaysia yang mendapat kerakyatan disana. Mengapa.?

Mungkin aku tidak bersikap terbuka dalam hal ini. Mungkin aku terlebih patriotik atau aku pentingkan diri sendiri. Aku hanya mahukan negara aku, hanya untuk rakyat negara aku. Apapun bagi aku sebenarnya keadaan ini adalah tidak baik untuk negara aku.

/me ramai disekeliling aku yang memohon kerakyatan.

No comments:

Post a Comment